boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, July 12, 2009

Beruntung Mereka Ini..........

Salam Sejahtera....
Dalam Mingguan Malaysia hari ini aku dapati ada dua manusia yang beruntung disebabkan pertalian keluarga yang mereka miliki.. Apakah ini dikatakan rezekinya, tau pun juga disebabkab kroni/keluarga... wallah hu aklam...

Prestasi Najib akan melonjak - Dr. Mahathir


DR. Mahathir Mohamad dan isteri, Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali tersenyum gembira apabila anak mereka, Maizura menerima Anugerah Presiden pada Majlis Konvokesyen di Kampus Induk Universiti Limkokwing di Cyberjaya, semalam. - MINGGUAN/SAIFUL BAHARI ASHARI


CYBERJAYA 11 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan bahawa prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan melonjak jika pelbagai program yang disasarkan dalam pentadbiran beliau tercapai.

''Kalau tercapai memanglah," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Universiti Limkokwing yang menyaksikan anak beliau, graduan ijazah Komunikasi Profesional, Maizura Mahathir sebagai penerima Anugerah Presiden universiti itu, di sini hari ini.

Dr. Mahathir ditanya pandangannya mengenai 11 pengumuman mesra rakyat yang dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak sempena genap 100 hari menjadi Perdana Menteri hari ini termasuk enam bidang keberhasilan utama nasional (NKRA) untuk mencapai matlamat Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dengan lebih berkesan.

Keenam-enam bidang itu ialah mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Komen... Apakah kalau anak aku ka,, .. boleh kah dapat anugerah seperti itu... mana nak boleh... siapalah yang kenai dengan aku ni.. he he perasaan......

Yang ini pulak..

Adik KPN jadi Inspektor Percubaan


MOHAMMAD Izzat Hassan bersama bapanya Hassan Azhari (kanan) dan ibu, Maimunah Abd. Ghani pada majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Konvokesyen Inspektor Percubaan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/ZULHAFIZ HANAFIAH


KUALA LUMPUR 11 Julai - ''Saya mendapat inspirasi untuk memasuki polis setelah melihat kejayaan abang saya (Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan) sepanjang kerjayanya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)," kata Mohammad Izzat Hassan, 27, yang ditauliahkan sebagai Inspektor Percubaan hari ini.

Bekas graduan Teknologi Maklumat dari Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) itu memberitahu, ketika di bangku bangku sekolah, beliau tidak pernah terfikir untuk menyarung pakaian seragam biru tersebut.

''Tapi saya mulai jatuh cinta pada dunia kepolisan sejak melihat kewibawaan abang saya. Dia (Musa) menjadi pendorong utama saya dan berdirinya saya di sini adalah kerana dia," katanya.

Mohammad Izzat berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Konvokesyen Inspektor Percubaan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Hadir sama ibu bapanya Tan Sri Hassan Azhari dan Puan Sri Maimunah Abd. Ghani.

Menceritakan pengalaman awal menyertai polis, Mohammad Izzat berkata, pada mulanya Musa tidak menggalakkan untuk menyertai polis.

Komen: - Graduan Unitar... kalau setakat Insp?Percubaan selalunya Diploma... kalau Degree dia terus pi ASP Percubaan... jadi kalau standard macam tu.. kalau tak ada abang belum tentu boleh dapat... dalam suasana kegawatan ekonomi ni.. rakyat berebut mencari kerja.... anak kawan aku.. minta konstable polis wanita, saiz badan OK, kelayakan OK, atlit lagi, pi temuduga gagal, ada juga orang dalam.. tapi mungkin pangkat kurang.. rezekinya pun tak ada juga agaknya.. maka tak dapat....

Tetapi apa pun bagi aku, perkara macam ini semuanya terletak pada rezeki Allah.. itu yang sebenarnya.. anak-anak aku, tak ada melalui sesiapa pun, tak ada kenalan yang kenal, tapi kalau dah rezeki, tu ada.. Insyaallah, akan dapat..

1 comment:

  1. bab berbeza pandangan soal kedua. yang utamakan tolong menolong. jadi kalau nak selamatkan blog anda dari di delete secara otomatik oleh Google baik ikut nasihat ini. lawati blog saya segera. tq.http://arifomar.blogspot.com/2009/07/selamatkan-blog-anda-ambil-tindakan.html

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari