boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, July 31, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO...Apa Cerita Sebenar Wacana Ilmiah..

Salam Sejahtera..

Baru sahaja habis selesai kerja-kerja politik di Manik Urai, maka timbullah kembali ura-ura nak berwacana di antara Pemuda UMNO dengan Pemuda PAS.. walaupun banyak pihak yang kurang setuju, tetapi nampaknya program tersebut akan diteruskan juga...

Tetapi dalam pada itu nampaknya akan ada ungkapan " Kita Lihat Siapa Yang Kena"... Sebelum ini keluar kenyataan Ketua Pemuda UMNO, DI SINI. Kemudian yang terbaru keluar pulak kenyataan dari Ketua Pemuda PAS.. DI SINI. Huh... kalau tengok sekali lalu kenyataan Ketua Pemuda PAS.. huhhhh Brutal Yob.. Kira OK lah... tajuknya saja " "Kalau setuju, ayuh berwacana, kalau tidak..."..Cuma aku nak tanya apakah kenyataan ini keluar di sebabkan PAS akan menghadapi PRK lagi di Permatang Pasir. Harus di ingat PRK Manik Urai PAS hanya menang 65 undi... ingatlah balik.....

Aku terbaca satu artikel dari Blog Azizi Abdullah " Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda Umno kata, beliau akan menulis surat kepada Ketua Dewan Pemuda Pas, bagi mengadakan pertemuan empat mata berhubung cadangan wacana ilmiah antara kedua pihak.

Laaaaaaa.....masih ada lagi runding berunding. Ada lagi dalam diam, dalam senyap, dalam sepi, dalam rahsia, dalam...dalammm poket menggentel-gentel pasal nak berunding?

Yeebabbbbbb! Kita tengok sejauh mana tanjak Tantawi bersilat tepis.

“ Politik sekarang dah tak main debat mendebat. Dah ketinggalan zaman. Tak ada kerja lainke? Apakah dengan debat itu Umno boleh faham dasar Islam? Boleh terima perjuangan Pas?
Kalau macam tu kena belajar politik semula nampaknya,” demikian kata Wak Brahim dari Kuala Pahang, cicit piut Mat Kilau."

Selamat menempuhi Pilihanraya Kecil... Moga-moga PAS akan dapat mengekalkan Kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti yang lebih tinggi.

Pergi Jahanam Lah UMNO... ADUN PAS Permatang Pasir, Pulau Pinang Meninggal

Salam Sejahtera....

31 julai 2009

ADUN Permatang Pasir Pulau Pinang meninggal dunia.

TERKINI : ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang saya perolihi dari talifon dan sms seorang kenalan sebentar tadi.

Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.

Semuga rohnya ditempatkan ditempat yang terpuji...Al Fatihah..

Pergi Jahanam Lah UMNO... Dimanakah Hak Rakyat...

Salam Sejahtera...

Dari malam tadi aku dok tengok muka menteri KDN yang juga sepupu kepada PM 1Malaysia dalam TV.. dalam riak wajah mukanya yang sebelum ni agak macam bebudak skima aja.. dicubanya menunjukkan wajahnya yang agak keras... marahlah kononnya tuu...

Jangan sertai himpunan haram ISA... itu arahan dan ingatan darinya...

Hari ini muka depan UM diletaknya lagi dimuka depan, siap colour merah lagi... apakah hak untuk rakyat nak berhimpun mesti dapat kelulusan dari pihak yang berwajib...

Yang aku paling hairan ialah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) kenapa diam sahaja.. bila dah ada laporan terjadi seperti kekasaran dari pihak polis terhadap rakyat yang menjadi mangsa, barulah SUHAKAM nak siasat... selepas tu laporannya sengap ghuyup... tak ada apa-apa tindakan... sepatutnya SUHAKAM dah boleh keluar kenyataan yang rakyat ada hak berhimpun... Janganlah nak makan elaun buta sahaja dari wang rakyat....

Thursday, July 30, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO... H1N1, Influenza A (Selsema Babi) Nak Tunggu Apa lagi..

Salam Sejahtera,,,

Hari ini berita memaklumkan 11 buah lagi PKLN di tutup, malah sebuah kolej pembantu perubatan di Alor Star Kedah pun turut diserang, IPTA seperti UITM sudah berapa kampusnya yang ditutup, UPM di juga ditutup, itu yang disiar di akhbar, yang tak disiar sepeti UPNM Universiti Pertahanan Negara (ATMA) juga di tutup, semua pelajar di suruh balik dan dikurantin dirumah..

Kenapakah bila masaalah ini timbul para pelatih dan pelajar di suruh balik kerumah...kononnya dikurantin atas jagaan tanggung jawab ibubapa masing-masing.. nampaknya seolah-olah kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab nak lepas tangan... masing-masing tanggung.... lebih baik jangan nak memerintah negara, kalau bencana seperti ini tak dapat nak diselesaikan.

Apakah dengan kaedan menghantar pelajar/pelatih balik ke rumah masing-masing, penyakit yang menyerang itu tidak akan berjangkit kepada orang lain disekitar masing-masing yang terlibat.. apakah pihak berkuasa yakin kurantin tersebut akan berjaya dan dapat dikawal...

Sebagai contoh seorang anak kawan aku sendiri pelajar dari UPM, baru melapor bulan lepas terpaksa balik, semalam aku nampak kat surau.. tak perasaan lagi.. ingat kut cuti ka apa ka.. rupanya baca berita tadi UPM pun tutup dah.. tadi aku pi surau jumpa pelajar tu,, sempat aku sakatnya... kenapa tak pakai tutup mulut.. sengih budak tu.. itu OKlah budak sehat.. kalau yang membawa penyakit, ia keluar merata dan berjangkit pada manusia yang lain bagaimana... bukan semua budak boleh dengar cakap dan arahan... mak bapa mereka ada juga yang bekerja, sapa yang nak jaga betul-betul kalau pelajar yang terlibat dengan penyakit tersebut...

Apa pun pada pendapat aku, kaedah menutup pusat pengajian dan PLKN adalah tidak berapa tepat.. adalah lebih kawalan dan kurantin dilakukan di pusat-pusat yang terlibat.. dengan itu kawalan boleh dipertingkatkan... Bagaimana pulak kalau berpuluh Pusat Serenti pula yang kena wabak selsema babi.. apakah mereka juga akan disuruh balik bercuti... fikirkanlah.. Inilah tahap pemimpin UMNO yang dikatakan bijak memerintah negara.. bari sahaja Allah turunkan bala dan kelam kelibut jadinya...Apakah dengan kaedah-kaedah yang diterangkan di media dan di TV mengenai pencegahan wabak tersebut maka penyakit tersebut dapat dicegah, mungkin boleh kalau dengan izin Allah... tetapi yang seelokknya kenalah kita bermohon dan munajat pada Allah.

Lagi satu sikap pemerintah dan termasuk kita semua, bila kejadian begini kita lupa kepada siapa yang melakukannya iaitu Allah S.W.T yang menurunkan segala bala dan cubaan untuk hambanya.. Apakah hambanya itu bersedia untuk menerimanya... Dulu aku ada sekali mengingatkan mengapa tidak diadakan program sembahyang hajat untuk memohon pada Allah untuk menghindarkan dari bala tersebut, maka adalah terdengar program itu telah dilaksanakan... tetapi cukupkah dengan sekali buat sahaja, kemudian nak minta Allah makbulkan... kita semua bukannya wali Allah, sekali doa Allah dah makbulkan.. sepatutnya program ini kenalah berterusan, selagi wabak dan bala dari Allah ini tidak berkurangan, malah semakin bertambah.

Mungkinkah bila ada anak-anak pemimpin besar negara yang terlibat sama dengan wabak tersebut, baru tindakan yang sewajarnya akan dilaksanakan...!!!

Pergi Jahanam Lah UMNO... Nasib SS Tok Mufti..

Salam sejahtera...

Malam tadi waktu kuliah kat surau Madah, Ustaz Wan Termizi dari Ipoh yang menyampaikan kuliah, dalam selingan kuliahnya dua tiga kali beliau menyentuhkan perihal Tok Mufti.. sentuh benda yang tak menyedapkan telinga, nak buat macam mana memang dah betul, terima ajalah kenyataan..

Hari ini keluar pulak dalam satu posting mengenai kisah tok mufti juga.. ambik kau.. kalau tak sedaq lagi elok la..... nak tau kisahnya baca DI SINI

Pergi Jahanam Lah UMNO... Utusan Melayau.. Minta Maaf, Fitnah buat juga..

Salam Sejahtera...

Dalam suasana pimpinan UMNO yang tengah panas menggelupor dek sergahan "pergi jahanam lah UMNO" oleh TGNA, akhbar Utusan Melayu perosak fikiran orang melayu terpaksa tebal muka membuat permohonan maaf kepada TGNA di atas kesilapan mereka dalam melaporkan berita...

Dalam pada itu berita yang dilaporkan hari ini oleh UM masih juga melaporkan tentang apa yang berlaku terhadap TGNA.. ada 7-8 berita mengenai TGNA sahaja pada hari ini.. Boleh semak dan baca di SINI
Apakah tujuan sebenar mereka membuat permohonan maaf tersebut.. apakah takut kena saman mahkamah, nanti jika disabitkan saman malu sebagai ganti dan tauladan berjuta nak kena bayar.. mana tahan ....

Masaalah pekerja-pekerja Utusan yang nak mogok pun belum selesai... tup-tup nak kena bayar saman... suratkhabar pun dah makin kurang laku.... apakah Utusan Melayu penyambung lidah UMNO akan sama-sama jahanam dengan Parti Melayu UMNO... sama-sama kita tunggu dan lihat... Pergi Jahanam lah UMNO...


Wednesday, July 29, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO...KPN Perlu Di Pecat...

Pakatan Rakyat desak Ketua Polis Negara dipecat!

Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh

Wed | Jul 29, 09 | 11:12:01 am MYT

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Pakatan Rakyat semalam sebulat suara mendesak agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan lagi khidmatnya dan perlu digantikan dengan KPN yang lebih berwibawa.

Menurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, desakan itu dibuat selepas dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri seluruh kepimpinan parti DAP, PAS dan KeADILan menyetujui bahawa Musa Hassan tidak berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya bersama wartawan di Bilik Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen pada petang semalam.

Turut hadir ialah, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden KeADIlan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib-naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayob dan Dato' Mahfuz Omar; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Dr Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh; Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin; Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin selain beberapa pimpinan PR lagi.

Menurut Anwar, masalah jenayah dan rasuah masih terus membelenggu negara hingga persepsi negara lain buruk terhadap Malaysia.

Tambahnya, Pakatan Rakyat akan meminta satu pertemuan diadakan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berhubung hal tersebut, dan meminta Perdana Menteri mempertimbangkan tuntutan itu.

Musa juga dakwa Anwar, terbabit dengan beberapa skandal yang hingga kini masih disangsikan beberapa siasatan yang tiada keputusan ke atasnya.

Pakatan Rakyat juga melihat, kegagalan Musa mengatasi kemelut jenayah yang berpanjangan dan semakin parah adalah satu kegagalan besar membuatkan rakyat kini semakin bimbang dengan masalah jenayah, katanya.

Sementara itu, Pakatan Rakyat turut memutuskan beberapa resolusi antaranya; Musa tidak sepatutnya memohon perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara disambung dua tahun lagi; pelantikan ketua polis negara yang baru; Perdana Menteri patut memasukkan Indeks Prestasi (KPI) bagi pencegahan jenayah pelbagai kategori yang dicadangkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin dan Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). - mks. _

Komen: Semenjak Musa Hasan menjadi IGP jenayah di Malaysia semakin bertambah, anggota Polis sendiri pun dah jadi perompak, malah yang terbaru ada pulak yang sanggup jual senjata api.. itulah hebatnya Musa Hasan, tak perlulah nak dipecat, bila sampai kontrak sambungnya terminate aja contractnya tu.. lagi sorang Peguam Negara.. itu pun patutnya di pecat... kedua-dua mereka adalah lantikan dari Mahathir atas mengenang budi dalam kes DSAI tahun 98 dahulu..

Pergi Jahanam Lah UMNO...UMNO BN Jijik & Kotor (UBJK)

Salam Sejahtera...
Aku terbaca satu posting yang agak baik untuk kita semua.. aku dah ciluk, jadi sama-samalah baca dan hayati...

UMNO UMPAMA ANJING TERSEPIT

Di kampungku, ada seorang tua bermazhab UMNO. Semasa belum melanjutkan pelajaran ke luar negara, aku selalu bertekak dengannya tentang perjuangan kepartian di Malaysia.

“kau tau tak, kalau tak ada UMNO, kita semua tak boleh jalan atas jalan Tar tau” katanya angkuh dengan perjuangan UMNO yang kufur itu.

Berdesing telingaku mendengar ungkapan bangsat itu.

”kat Thailand, jalan raya lagi besar dari Malaysia. mana ada UMNO kat Thailand pun” jawabku memerli.

Dia bengang tidak mampu menjawab, terus berlalu pergi.

Semasa aku baru pulang belajar dari luar negara dia menghidap satu penyakit yang dilihat seperti hampir kepada kematian. Aku menziarahinya. Aku diminta tolong, agar mendoakan keselamatannya untuk menjalani pembedahan.

Mengenangkan mulutnya tidak terhenti-henti menyebut kalimah ’Allah’. Juga ungkapan, mahu bersama perjuangan Islam. Aku mula menyangka baik dengannya.

Setiap hari selepas solat berjemaah, aku akan bersama rakan-rakan akan menunaikan solat hajat, agar diberikan kesihatan kepadanya. Walaupun ada sebilangan rakan memarahi tindakanku itu, aku masih mengambil sikap memaafinya.

Ternyata doa kami berkat. Dia berjaya menjalani pembedahan. Pembedahan yang membawa ia sihat seperti sedia kala.

Setelah sihat, aku menyangka ungkapan ’Allah’ dan ’perjuangan islam’ yang diucapkan saat dia sedang kesakitan itu telah meresap masuk dalam hatinya, tetapi sebaliknya, ternyata ia adalah satu wayang kulit yang hanya dilihat hebat, tetapi ia sekadar mainan tok dalang dibelakang pentas.

Dia mempunyai tindakan yang memualkan selepas sihat. La-siyyama, di saat dia berkuasa. Orang yang tidak sealiran politik dengannya, akan dilihat dengan sebelah mata. Aku yang menziarahinya sakit dahulu pun, sudah dilihat seperti bangkai di tepi jalan.

Memang dasar tak kenang jasa. UMNO sial dan celaka. Kerana wadah perjuangannya yang kufur itu, dia lupa kalimah ’Allah’ dan ’perjuangan Islam’ yang diungkapkan.

Aku mula terkenang dengan rakan-rakan yang melarangku menunaikan solat hajat untuk keselamatannya ketika berlaku pembedahan dahulu. Tapi apakan daya, masa yang telah berlalu, tidak boleh dipusing balik.

Orang melayu dahulu sering berkata, ”anjing tersepit jangan ditolong”, tetapi mungkin sekarang perlu diubah, ”ibrahim Ali tersepit jangan ditolong”

Sekian

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
29 Julai 2009 * 6:48 petang

Source (LINK).

Komen: Itu pasallah TGNA pun dah terlalu marah dgn UMNO, pergi jahanam lah..UMNO.. jadi buat boneka-boneka UMNO yang dok ketagih lagi dengan UMNO faham-fahamlah.. jangan dalam dok diam-diam pi lagi bertemu bersua muka, no muzakarah, no muqabalah... kalau dulu dalam gelap, mungkin lepas ni dalam cerah pun dah tak kisah lagi, yang penting perpaduan konon...

Pergi Jahanam Lah UMNO... Majlis Fatwa Kebangsaan Jangan Jadi Buta, Bisu dan Pekak..


Salam Sejahtera...

Petang semalam aku sempat tengok mamat sebelah ni keluar press confrence.. bersemangat dia bercakap depan camera wartawan.. melarang akan perhimpunan pada 1 Ogos ini.. Kita nak marah kat dia pun tak boleh, dia ni pun makan gaji aja.. makin gaji besak, makin kuat dia punya suara.. main-main ka!! DCP oii... Ketua Polis Kuala Lumpur pula,,

Dia dah dah larang, kemudian dia umum polis akan mengadakan sekatan dibeberapa jalan masuk ke Kuala Lumpur mulai hari Khamis ini.... Hangpa tengok kan susah jadi nya... kesian kat kawan-kawan kita yang pangkat konstable hingga ke Chief Inspekstor.. yang sepatutnya boleh agak nak rehat sikit, dah kena arahan buat sekatan, pakat mana yang ada berasa nak cuti dah kena kensel cuti...

Bab tahanan tanpa bicara Ikut Suka Aku ni dah berapa lama dah berlalu, dah puas dah diperkatakan... dah ramai orang-orang yang berjuang untuk Islam yang paling ramai kena tahan berbanding dengan bukan Islam.. semalam dalam TV juga diambik pendapat-pendapat orang melayu paling bangang membuat kenyataan yang adanya ISA rakyat dapat hidup aman di bumi Malaysia....teringat aku sewaktu di Mekah tahun 2007 dahulu.. ada seorang teman sebilik aku samalah fikiran dengan melayu bangang dalam TV semalam....

Sepatutnya.. Majlis Fatwa Kebangsaan dah boleh buat satu keputusan sama ada tindakan ISA tu sesuai tak dengan Islam, fatwanya tak susah aiih, duduk bincanglah balik... oii malulah kalau pegang jawatang Majlis Fatwa lepas tu mesyuarat hanya untuk keluar kenyataan hukuman botox tu haram... peraduan SMS tu haram.. itu saja ka... cakap kita blogger cikai ni tak ada sapa pun ahli majlis fatwa nak ambik tauuu... cuma aku rasa puas hati juga bila ada kenyataan dari seoarang bekas mufti... baca di bawah ini..

Dr Asri: Majlis Fatwa Kebangsaan perlu keluarkan fatwa mengenai ISA

PETALING JAYA: Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai ISA.

Ini adalah kerana, menurut beliau, isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama.

"Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa.

"Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan," kata Dr Asri melalui sebuah kiriman emel dari Lampeter, United Kingdom.

Katanya lagi, penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan.

"Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum," kata tokoh agama yang sering melontarkan pandangannya tentang isu agama dan semasa.

Jelasnya lagi, hari ini rakyat memberi berbagai pendapat tentang ISA.

Dua kumpulan iaitu Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) iaitu (anti-ISA) dan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - (Pro-ISA), masing-masing bercadang mengadakan perhimpunan menyokong dan membantah ISA pada hari Sabtu ini, 1 Ogos di ibu negara.

GMI bercadang untuk mengadakan perhimpunan membantah ISA pada 1 Ogos ini dan pada masa yang sama, Magaran yang dianggotai Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Perkasa dan beberapa badan-badan gabungannya turut bercadang untuk mengadakan perhimpunan menyokong akta itu. Jika kedua kumpulan inimeneruskan hasrat mereka, masing-masing menyasarkan penyertaan 100,000 orang pada perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Masjid Jamek, Kompleks Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta campur tangan baginda mendesak kerajaan memansuhkan ISA.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman menyifatkan kedua-dua perhimpunan itu yang masing-masing membantah dan menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai perhimpunan haram kerana pihak polis tidak mengeluarkan sebarang permit untuk tujuan itu atas sebab keselamatan dan ketenteraman awam.

Melihat perkembangan yang tidak sihat ini, Dr Asri terpanggil untuk memberi pandangan beliau tentang isu ISA ini.

Katanya lagi, "Berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara. Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat.

"Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula," kata Dr Asri yang dijangka kembali ke tanah air tidak lama lagi setelah setahun membuat pengajian mendalam tentang hadith di UK...

Komen: Terima Kasih Dr Asri kerana berani menyuarakan hak-hak manusia sejagat... kalau Majlis Fatwa buat tak tau juga memang sah mereka Buta, Bisu dan Pekak dalam hati dan akai...

Tuesday, July 28, 2009

Kemaruk @ Buloq @ Ketagih..... Aduiii...Pedih nya..

Salam Sejahtera...

Hangpa tengok tu... buah tomoi dari TGNA... akit oii... tak habis dengan Nasionalis, sama dengan Chin Peng, Ayah Pin, sekarang kena lagi pi jahanam UMNO... adoi.. sakit ooo. sahabat-sahabat PERAKBANGKIT, PARPUKARI, TAIPINGMALI, GOMO, ABANG TUAH, PANGLIMA PERANG CYCBER DLL....TAK RASA KA..........

Nak rasa tumpang sakit baca kat SINI

MOGA-MOGA APA YANG DIKATAKAN OLEH MURSYIDUL AM PAS DATO TUAN GURU NIK ABD AZIZ BIN NIK MAT AKAN DIMAKBULKAN OLEH ALLAH S.W.T. AMIN.... MAMPOSS UMNO.....

Monday, July 27, 2009

Kemaruk @ Buloq @ Ketagih..... Dah Kena Sebiji..

Salam Sejahtera...

Petang tadi berita NTV 7 aku sempat tengok sikit berita siar ucapan balas TGNA mengenai kenyataannya yang manipulasi oleh puak UMNO yang kemaruk dengan kerajaan perpaduan...
TGNA kata sewaktu nak keluar dari kereta, lebih kurang macam ni apa yang aku faham...apa yang dia buat tu adalah antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat, tidak timbul kerajaan perpaduan antara PAS dengan UMNO, dan memang menjadi tugas dan tanggunjawab kerajaan Pusat untuk membantu masaalah Kelantan selaku negeri di bawah Kerajaan Pusat.

Apakah Mat Sembab dan Hisyam Auu tak faham atau saja-saja buat tak faham... bagi aku sama aja.. memang kalau dah kebuloq sangat nak perpaduan, bila dah kemaruk sangat dah dia bukan peduli apa lagi, orang kata apa, kalau dah suka tu, kentut bau taik masam pun jadi wangi...apa pun dia doh sondoi semacam aja...

Oii ada value juga PAS sekarang ni yang, walau macam mana dalam dok kata mau, tapi dengan muka tak malu dok nak juga... tak tau nak kategori apa la,,,

Manakala dengar cerita wacana ilmiah pun dah mula.... ni pun satu hal.. banyak kerja lain lagi pemuda oiiii, patutnya Pemuda kita sibuk bersama dengan GMI mengenai isu ISA, apa cerita dengan PEWARIS, apa cerita dengan Berahim al kataki...., apakah pemuda PAS pun senada dengan pemuda UMNO yang melarang ahli-ahlinya menghadiri perhimpunan ANTI atau PRO ISA!!!!!!!!!

Kemaruk @ Buloq @ Ketagih.....

Salam Sejahtera....

Pagi semalam hari minggu... awal pagi lagi cuaca dah gelam mendung macam nak hujan,, apakah sambungan hujan sebelum subuh pada pagi jumaat lalu.. waallahuaklam. Pepagi lagi aku pi pasar tani semalam, walau cuaca nak hujan, sempat sembang dengan sahabat yang dok meniaga barangan kering, aku punya dealer kuah rojak dan belacan Tanjung dawai.. aku dok kata kat dia, hari nak hujan... dia kata dah aihh. jerebu... sebab rasa panas tak rasa sejuk pun.. OK lah.. aku pun dah nak balik... keluar dari tapak pasar tani hujan dah mula turun, kasak-kasar pula titik-titik hujan, teruskan juga... lepas saja traffic light memang hujan dan mula turun dengan cukup lebat.. basah lencun aku.. nak terus sampai rumah memang tak boleh lagi... nak tak nak belok motor singgah kat Petronas depan Stadium mini Manjung....

Sejuk gedi aku pagi semalam... memang lebat hujan pagi semalam... puas dok atas motor, mari Pak Samad staf Petronas kat aku bila aja dia nampak aku...
Memang Pak samad ni cukup baik dengan aku... tengah sedap aku dok sembang isu semasa dengan beliau.. hujan pun koi dah dok reda.. (seriyat), mai seorang sorang hamba Allah, pakai smart baju batik merak, kopiah putih, mula-mula dia pi tanya kat dua orang budak muda yang berteduh juga, nampaknya tak dapat jawapan apa yang dia tanya... dia mai tala kat aku dengan Pak Samad, dia bagi salam dulu, aku pun jawab salam... tengok muka macam... sangkaan aku pun macam bekas Naib Presiden PAS Tuan Haji Mat Sabu juga, sebab beliau boleh kenal riak muka orang UMNO, aku pun ada juga sesikit macam tu, kalau wajah UMNO tok sah dok kopiah putih ka apa, memang boleh kenai.. tapi aku ketepikan juga perasaan tu, berbaik sangkalah kita sesama orang Melayu ni.. tak ada salah apa pun...
Lepas dia bagi salam, dia pun bertanya kat mana Pejabat Imegresen, hai,.. apa hal pulak ni pepagi ni cari pejabat imegresen.. aku pun bagi tau siap tunjuk arah, belok dan sebagainya, lepas tu mulut capoi aku siap boleh pi tanya lagi pulak, hari ini hari minggu, mana buka pejabat imegresen, tetapi hamba Allah ini pun cekap juga.. dia kata Tabung Haji arah pegi buat paspot haji.. ooo.. Aku pun tak tekata apa lagi.. malas nak bersoal banyak, lepas tu hamba Allah tu keluar menuju ke kereta proton saga model lama, nampaknya wanita semua dalam keretanya.....

Kemudiaan aku sambung balik sembang dengan Pak Samad, waktu aku pi Mekah 2 tahun lepas, aku cuma kena ambik gambar aja... lepas tu paspot haji semua Tabung haji uruskan, bagaimana si hamba Allah ni kena buat pasport sendiri... timbul pertanyaan, Oleh kerana hujan pun betui-betu reda... aku tak sembang banyak, start motor minta izin terus balik rumah...

Jam 9.30 lebih dalam hujan masih dok rintik-rintik, aku start kereta, cadang nak pi cari pasu bunga dan tanah kat nursery, aku nak tanam pokok anggur, petang Sabtu selepas berjumpa dengan blogger Dr Wahab, ISA, Mamamat, Ude Kenang dan Albanjari di Titi Gantung, pi tengok tapak Dango Ceria Mamamat.. bila ptg aku nak balik Dr Wahab bagi kat aku tiga pokok anak anggur, ISA pula bawa ubat Cergas Badan 2 botol kat aku..., Albanjari pula bagi pucuk (tahu) kering dan kiriman MUG dari blogger Chaah kat aku, terima kasih Chaah, cantik MUG tu.. siap ada nama aku lagi...,

Bila aku sampai kat Nursery tu, tutup lagi, tak buka... mungkin hujan punya pasai kut, terpaksa pusing balik rumah, dalam perjalanan balik, aku pusing ikut imegresen, woi... banyak bendera UMNO terpasang di simpang jalan pintu masuk, kereta bersusun parking kut tepi jalan, menyebabkan aku tak terperasan buka atau tidak pejabat imegresen, kerana asyik memandang ke Dewan Merdeka sebelah dengan pejabat imegresen... Nak tau apa ada kat Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung hangpa baca kat manjung-center.

Apakah hamba Allah yang bertanya kepada aku kat Petronas tu betui datang ke Pejabat Imegresen atau ke Mesyuarat UMNO aku tak pasti, terpulanglah, dia betui ka tidak aku tak kisah, tetapi kalau tak betui, ia pi mesyuarat UMNO pun tak apa, memang itulah budaya UMNO, dari Presiden, turun ke Timbalan, Naib, Ketua Perhubungan Negeri, Ketua bahagian, Ketua Cawangan dan last sekali ahli memang kebanyakannya itulah perangai mereka, kalau Presiden sendiri tak ketahuan hala perangai, ahli apalah lagi... itu pasai MSK dari Perakexpress kata UMNO dan Babi.. baca DI SINI.

Itulah UMNO, sekarang ni UMNO terutama di Kelantan setelah kecewa pelaburan mereka di Manik Urai yang berjuta-juta ringgit tak balik modal, sikit saja lagi.. 65 undi saja lagi... mereka bertambah kemaruk dengan perpaduan, memang UMNO tengah kebuloq dengan agenda perpaduan... Bila media menayangkan berita bergambar TGNA menghulor tangan berjabat tangat dengan TOk PA dalam satu majlis Perasmian, kemudian diikuti pula kenyataan TGNA iaitu kerajaan negeri bersedia melupakan sengketa politik yang lalu, maka gegak gempitalah pimpinan UMNO yang nak bersuara, seolah-olah suara keramat TGNA itu bersetuju dengan kerajaan perpaduan, sehingga hari jumaat ini akan dibincangkan agenda kerajaan perpaduan dalam mesyuarat MT UMNO...DI SINI.

UMNO memang tengah kebuloq dengan perpaduan, nyawa talian hayat UMNO dah hampir habis... Hanya PAS yang dapat membantu nyawa UMNO kembali, sekarang boneka UMNO dalam PAS yang juga ketagih dengan UMNO mungkin tak senang duduk, apa yang berlaku sekarang, betulkah apa yang dimaksudkan oleh TGNA itu, masing-masing tengah menunggu apa yang selanjutnya....

Saturday, July 25, 2009

Gambar Sekitar Memperingati TBH..

Salam sejahtera...

Selepas magrib tadi, singgah dulu ke Surau Madah sekejap...dengar kuliah magrib dari Ust Sidik Nor, sebelum masuk surau, sempat aku call seorang imformer dari DAP, tanya dia, dah mula belum acara mereka, dia cakap belum, polis dah ramai... bila dengar polis ramai aku tak sedap hati...kut-kut jadi macam 2 bulan lepas kut, kejadian majlis makan malam yang ditangkap polis.. jadi jam 8.30 mlm lebih kurang, aku keluar kuliah terus ke tapak program di Setiawan, Pejabat DAP..

Datuk Ngeh Khor Ham tengah berucap... dalam suasana mereka yang hadir pakat pegang lilin.. tapi kali ini orang tak ada nampak sangat.. yang ramai Cina dan India.. Orang Melayu kebanyakannya Polis beruniform dengan tak beruniform itu ramai...Bersemangat mereka mendengar ucapan dari Dato Ngeh... Ucapan dalam Dwi Bahasa.. mula-mula dalam bahasa Melayu.. kemudian dalam bahasa Cina..


Mamat ni dari kaum India..





Rasuah - Malaysia VS Singapura...

Salam sejahtera...

Aku terbaca satu artikel dari Cyberita mengenai perihal rasuah di negera penulis itu Singapura dengan Malaysia... jauh bezanya... malu weiii dapat komen dari negara jira..... aku salin balik tanpa edit...

Komentar : 25 Julai 2009

ANAK PASCA MERDEKA

ANTARA SEBIJI PULASAN DAN AMALAN RASUAH

Oleh
Mohd Noor A. Rahman

BARU-BARU ini saya pulang dari Malaysia membawa bersama buah tempatan - durian, rambutan dan pulasan - dalam but kereta.

Saya tiba di Pusat Pemeriksaan Tuas dan menjalani pemeriksaan seperti biasa. But kereta diperiksa seorang pegawai keselamatan.

Pegawai muda itu ternampak pulasan dan bertanya apakah itu rambutan atau bukan. Saya menjawab itu pulasan namanya.

Terdorong ingin tahu lebih lanjut, beliau bertanya apa beza antara rambutan dengan pulasan. Lalu saya cuba terangkan perbezaan dari segi kulit, selain menambah ada juga yang menyatakan ada perbezaan dari segi rasa.

Untuk membantunya memahami lebih lanjut, saya keluarkan sebiji pulasan dan sebiji rambutan agar beliau dapat melihat secara dekat kulit dua buah tersebut.

Lalu saya menawarkannya agar merasa sendiri pulasan itu. Jawapannya membuat saya tergamam sebentar, namun membuat saya terukir senyuman.

'Eh tak boleh bang, nanti kena tangkap,' ujarnya ringkas tetapi penuh makna.

Satu pulasan mampu membuatkannya jadi bimbang dan menolak pelawaan saya, walaupun tiada pun sekelumit niat jahat di antara kami.

Semasa beredar dari pusat pemeriksaan itu, saya terus tersenyum dan timbul rasa bangga terhadap sikap pihak keselamatan dan penguatkuasaan kita.

Saya kemudian teringat peristiwa semasa saya mahu pulang ke tanah air selepas bertugas di sebuah negara jiran beberapa tahun lalu.

Selepas mendaftar di kaunter syarikat penerbangan di lapangan terbang di sana, saya beratur di laluan pemeriksaan imigresen.

Tiba giliran saya, pegawai meminta saya usah maju kerana beliau didatangi seorang lelaki. Lelaki itu membawa beberapa pasport dan memberikannya kepada pegawai itu.

Pasport itu disambut pegawai itu lalu diperiksanya.

Selepas diperiksa, lelaki itu memberi beberapa wang kertas kepada pegawai tersebut lalu mengucapkan terima kasih dan mengiringi beberapa wanita (pembantu rumah) melepasi laluan imigresen itu.

Tergamam saya melihat kejadian itu kerana tidak dipedulikan pegawai tersebut.

Mengingati kes itu menjadikan saya syukur akan negara kita yang tidak mengalami kes seperti ini.

Menurut senarai 'kedudukan pemerintahan bersih' terbitan Transparency International, daripada ratusan negara, Singapura sering diletakkan sebagai negara paling tidak rasuah di Asia tahun demi tahun.

Kemudian saya teringat satu lagi kes membabitkan seorang peniaga Malaysia yang telah dikenakan hukuman penjara enam minggu atas kesalahan rasuah di sini pada awal tahun ini.

Awalnya, dia melakukan kesalahan membuat pusingan-U haram selain memandu bertentangan trafik lalu ditahan seorang pegawai polis Singapura.

Pegawai itu kemudian menjelaskan kesalahan peniaga tersebut dan memintanya pergi ke balai polis bagi menghadapi tindakan undang-undang.

Peniaga itu berkata:

'Kenapa mahu lakukan ini? Awak harus lepaskan saya. Kita boleh jadi kawan. Lain kali awak datang ke Malaysia saya akan jaga awak. Banyak perkara yang baik.'

Akibatnya, peniaga itu dituduh dengan niat cuba memberi rasuah. Mahkamah Rendah Singapura mendapatinya bersalah dan mengenakan denda $15,000.

Namun, pihak pendakwa merasakan hukuman itu terlalu ringan dan merayu ke Mahkamah Tinggi yang akhirnya menjatuhkan hukuman penjara itu.

Beberapa akhbar di Malaysia melaporkan berita itu dan ada yang membuat komentar. Contohnya, akhbar harian Cina, Sin Chew Jit Poh, dalam komentarnya menyatakan jika kejadian itu berlaku di Malaysia, apa yang dikatakan peniaga tersebut tidak akan memudaratkan dirinya.

Peniaga tersebut boleh menjelaskan dia hanya membuat tawaran persahabatan dan berharap pegawai polis itu menunjukkan ihsan. Apa pun, dia tidak menawarkan sebarang wang sebagai rasuah.

Akhbar itu menambah peniaga tersebut boleh menyatakan bahawa di Malaysia, sesiapa saja akan berkata sepertinya apabila ditahan kerana melanggar undang-undang. Boleh dikatakan ini budaya warga Malaysia.

'Itulah Singapura. Pegawai polis yang menahan peniaga itu adalah warga Singapura yang telah disemai nilai-nilai kesingapuraan dan di bawah sistem Singapura.

'Sistem Singapura agak tegas terhadap sebarang kesalahan undang- undang. Ia juga tidak membenarkan sebarang keraguan,' tambahnya.

Ya, itulah satu perbezaan besar sikap bukan sahaja di kalangan pegawai keselamatan dan penguatkuasaan negara ini, bahkan juga ramai warga setempat berkaitan rasuah.

Ramai warga akur amalan tumbuk rusuk ini satu jenayah besar dan serius dan tidak berani menawarkan rasuah kerana tahu hukumannya berat.

Lagipun, risikonya besar kerana pegawai penguatkuasaan undang- undang setempat diketahui tidak mengamalkan rasuah.

Bagi saya, amalan rasuah ini tidak boleh dibiarkan bertapak biar sedikit pun, apatah lagi berakar umbi sehingga menjadi tabiat semula jadi warga.

Di banyak negara, amalan makan suap ini berleluasa sehingga menjadi tabiat semula jadi dan turut membabitkan bidang perniagaan dan tender projek.

Ini menyebabkan tender menjadi tidak telus dan sukar dimenangi selain menyebabkan kos projek meningkat dengan banyaknya. Yang kaya menjadi semakin kaya, dan si miskin terus papa.

Memang ada sebilangan warga asing melihat undang-undang Singapura amat mengongkong. Tetapi bagi saya, ia bukan satu masalah kerana ia sebenarnya berpunca daripada penerimaan mereka terhadap undang-undang masih rendah.

Mereka kurang menghargai undang-undang sebagai alat penting dalam menjaga keselamatan sosial dan mendukung moral masyarakat.

Kita harus pastikan Singapura terus bersih rasuah semampunya dan mengamalkan sikap telus, bersih dan amanah - walaupun yang membabitkan sebiji pulasan.c


Komen: Apa yang dinyatakan oleh penulis tersebut memang aku tak nafikan, malah aku sendiri beberapa kali melihat sikap anggota polis sewaktu aku pi membeli ayam di kilang proses ayam kat belakang rumah aku... datang anggota polis dengan menggunakan kereta rasmi, pi beli ayam minta dua ekor, bila Cina tokeh dah bagi dua ekor, dengan mata aku sendiri nampak hanya RM10.00 sahaja yang dibayarnya....tokeh Cina tu pun terima juga tanpa berkata apa-apa... ramai yang memerhatikannya... RM10 untuk 2 ekor ayam gred A... modal harga beli pun tak dapat...apakah ini bukan rasuah.... lepas tu bawa balik ayam tu bagi anak bini makan... anak-anak lepas tu banyak yang jadi menyetan kat Sekolah....




Friday, July 24, 2009

Ada Hamba Allah Nasihat TGNA Bersara dari MB Kelantan..

Salam Sejahtera...

Dalam Perjalan balik dari surau tadi HP aku berbunyi... tak sempat jawab dah terberhenti.. check balik seorang sahabat yang sama fikrah dengan aku yang panggil, tanya aku ada tak baca satu artikel yang menyuruh TGNA bersara dari MB... amboi mak terkejut sekejap aku...

Apa pun malam ini aku pulak banyak hal sikit, terpaksa selesai hal-hal penting sikit, besok pulak kerja lagi.. petang lepas zohor cadang nak berjumpa dengan blogger Dr Wahab, ISA dan Mamamat di Dango Ceria.....

Berbalik kisah tadi, aku dah buka blog seperti yang diceritakan oleh sahabat tadi di DI SINI. Aku pun tak tau macam nak jawab atau nak ulas, sebab bila akubuka blog sahabat aku, dia punya ulas, mak oii.. kalau aku macam tu punya rupa pecah kepala yob... tak sanggup aku nak tulis dengan begitu punya detail sekali...dengan umur yang nak masuk separuh abad ni... hangpa tak percaya.. sila baca kat SINI.

Cuma disini aku punya pandangan, . sebab bila aku congak tengok gaya cerita profail dia ni baru lebih kurang 25 tahun... beginilah sikap ustaz-uztas muda yang ada sekarang, mereka rasa mereka sahaja yang betul, memberi idea yang cukup biadap...Memanglah hak masing-masing untuk mengeluarkan pendapat... kalau dulu sebelum ini aku dok maki hamun MSO, rupanya dalam pada tu ada lagi mahluk yang hampir sama...aku tak tau apa yang dia tulis itu betui-betui ikhlas atau sebaliknya..

Aku tak mau merapu meracau banyak.. cuma aku nak tanya Rasullullah dulu adakah beliau bersara dari tugas memimpin sebelum wafat, begitu juga sahabat yang keempat-empat orang yang menjadi khalifah, adak kah mereka bersara...Apakah penulis ini mewakili UMNO atau pun mewakili boneka UMNO.. Wallahhuaklam..

Memang Bangsat...Haram Jadah Punya Manusia...

Salam,....

Hari Sabtu depan 01 Ogos 09 adalah hari Demontrasi Anti - ISA ... cukup terasa meriahnya nanti bila TGNA sendiri akan turun bersama,.. walaupun aku sendiri tak pernah menyertai demontrasi yang selalu diadakan di Kuala Lumpur, keinginan tu ada, blogger Mat Comot berapa kali dok ajak.......tapi tak upaya nak kesana.. waktunya selalunya hari aku bekerja.... tetapi bila aku terbaca satu berita ada pula gerombolan lain yang nak demontrasi juga tetapi Pro - ISA.. pulak dah... memang celaka punya manusia ni.....hangpa baca DI SINI.

Bila sudah ada bunga-bunga kekacauan begini sudah tetntu lagi sahih Permit tidak akan diberi oleh Polis.. percayalah... maka siap sedialah watercanon dan bom asap untuk menyembur manusia-manusia yang hadir pada hari tersebut..

Memang jenis manusia busuk hati, ada perasaan nak jadi calun pada PRU13 nanti, harap-harap di ajak atau dijemput memasuki UMNO semula....

Cukup Setakat Ini.....

Salam Sejahtera..

Petang semalam kita semua dah lihat dan dengar dari media yang sorang hamba Allah ni telah diserang stroke ......

Aku tak mau nak cerita banyak... bab dia ni.. aku tak pasti.. tapi mengikut pada cerita dari bini aku, dia ni dulu lelaki, kemudian tukar jantina... menikah dengan Cina..sesiapa boleh tolong sahkan... aku cuba juga dok perati biji halkum kat tengkoknya itu bila gambarnya ditayang di TV.. tapi tak sempat pun....

Lagi satu beliau ni telah banyak kali menharum nama negara di mata dunia dengan mendapat anugerah filem terbaik, tetapi bila filemnya dipertandingkan di Malaysia kalah memanjang... dah menjadi buah mulut pencinta hiuburan filem... lantak pi lah aku peduli apa, menang kalah aku rugi tidak, untung pun tidak....

Cuma pagi tadi aku sempat terbaca dari penulis terkenal Faisal Tehrani, sesama orang seni, yang mendoakan kesihatan hamba Allah ini... Baca DI SINI

Kemudian malam tadi sambil aku dok tunggu air cond sejuk kat bilik nak tidur, aku dok bersungut kat bini aku, eloklah juga Allah turun musibah kepada sesiapa hambanya yang ia suka, kerana bagi aku beliau memang banyak membuat filem yang terbaik, tetapi kalau atas dasar Islam memang amat mengelirukan penonton, itu yang aku baca banyak sekali.. aku tak biasa tengok pun filemnya, CD cetak rompak cerita dia pun aku tak beli...
Cerita lanjut mengenai komen terhadap hamba Allah ini boleh baca di SINI

Sayangilah.. akal fikiran yang Allah kurniakan kepada kita, Janganlah kita persia-siakan anugerah Allah itu dengan membuat kerja-kerja lara malah bertentangan dengan syariat Islam, Kita marah kalau orang kata kepada kita kalau kita bukan Islam... tetapi inilah yang terjadinya.. Moga-moga Allah S.W.T dapat mengampuni hambanya... AMIN.


Thursday, July 23, 2009

PM 1Malaysia..Baru 56 Tahun...


Salam Sejahtera....

Gambar ini aku cilok dari BH Online...
Hangpa bayangkan... dalam suasana rakyat masih lagi tertanya-tanya hiruk pikok apa yang terjadi dengan keselamatan rakyat yang semakin terhakis, walaupun pada Polis atau pasukan keselamatan, namun PM 1Malaysia masih lagi sempat potong kek bersuka ria dulu untuk menyambut harijadinya...

Inikah yang dikatakan rakyat didahulukan... setelah menipu 1Malaysia semalam dengan penubuhan suruhanjaya... hari ini Pm 1Malaysia selepas kenyang mentekedarah kek itu, maka apa pulak kelentongnya lagi buat rakyat Malaysia....

Selamat Menyambut Umur Yang ke 56.... Umrah baru aja balik.... Istigfar ka tidak depan kabah tu... balik saja ka Malaysia dah terus kelentong rakyat ........ Malang rakyat Malaysia dapat PM ni...... maka benarlah senikata lagu nasyid dari kumpulan Raihan... Iman dan takwa itu tak kan dapat di warisi.. dari ayah seorang ........ maka begitulah juga PM 1Malaysia ini, mangkok ni tak kan dapat mewarisi segala yang ada pada arwah bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak...

Cukuplah wahai rakyat Malaysia... Sedarlah... Yang kita ini semuanya dah tertipu oleh PM 1Malaysia... Pasangkan Tekad dan Niat anda.... UMNO & BN harus dimusnahkan dari muka bumi Malaysia... Ingat... Pasangkan niat itu didalam hati anda semua..........

DS IR Nizar VS Zahid Hamidi....

Salam Sejahtera...
Dalam minggu ini kecoh seketika dengan terjadinya kes kematian TBH yang dikaitkan dengan SPRM...

Malam tadi sewaktu aku tengah menikmati sate kambing di warung sate Padang Tembak bersama-sama bini kesayangan, tup-tup h/p berbunyi, aku dok sangka ingatkut blogger ISA call, sebab waktu tu aku baru saja lepas SMS kat ISA untuk program Dango Ceria Mamamat.. bila tengok no kat screen +60563122**.. rupanya anak aku kat Kpg Gajah yang panggil, sibuk ia tanya aku kat mana, sebab ia call rumah tak ada orang angkat.. biasalah bila anak call, ia tanya aku sehat ke tidak, tengah buat, kat mana... last sekali bila nak habis cakap baru keluar soalan... " ayah bagaimana Nizar pegang lilin, Dr Masitah kata ........"... bini aku memang dah faham perangai anak bongsu aku ni... stail itu caranya... ia sembang baguih dulu.. last sekali baru bagi soalan cepumas....

Puas juga aku nak bagi jawapan yang agak memuaskan hatinya... susah juga anak yang sorang ni.. apa yang aku nampak perangainya ada sedikit sebanyak dari arwah bapa aku....nasib baik sebelum ini ada keluar kenyataan timbalan mufti Kedah, aku pun cakaplah apa yang sebenarnya yang bagi sedikit kepercayaan kepada anak aku.....

Bab hukum ini aku tak tahu... tapi bagi cara aku yang masih jahil ni, kalau nak kira macam tu.. ahli sukan yang dok lari bawa obor api tu macam mana cerita... lagi besar api dia... Nizar setakat lilin saja... tu yang dok cucuk kat kek sambut hari jadi, lepas tu dok pi tiup sampai berlejeh ayak liok... macam mana pulak... apakah kerana Nizar orang PAS, MB PAS tak boleh melakukan sedemikian... Oii mangkok.... bab rokok yang memang sah dah haram... tu pun ramai yang hisap.. tak ada pulak sapa yang ambik kisah..... Ok lah kalau kita dok masing-masing tahan mempertahan, sampai bila tak ada kesudahan...

Apa pun, buat DS IR Nizar, mungkin ini sebagai satu pengajaran, memang aku yakin, tujuan DS IR Nziar itu sebagai menghormati budaya yang diamalkan oleh kaum Cina ke atas mendiang TBH.. itu saja... walau apa pun, lain kali...jika ada perkara-perkara yang agak rumit dan boleh menimbulkan fitnah terhadap jemaah islam, adalah lebih baik berterus terang dengan pihak-pihak yang berkenaan, dan aku yakin, pihak-pihak berkenaan akan faham kita dengan kita sebagai ahli jemaah islam.
OK.. sekarang, katakanlah jika DS IR Nizar bersalah, ia cuma bersalah dengan Allah, boleh minta ampun, bertaubat, tak hubung kait dengan mana-mana insan manusia lain.

Tetapi bagaimana pulak dengan mamat sorang ni, kalau dulu sibuk dengan Islam Hadari, tetapi dua tiga sudah pi bertemu denganMenteri Pertahanan Israel Ehud Barak.. ni apa cerita...apakah nak berwacana ilmiah atau nak buat kerajaan perpaduan antara UMNO-ZIONIS.....

Sebelum ini sibuk buat bantahan kepada Israel, buat sidang tergempar kat Parlimen, tup-tup tak lama lepas tu pi sondoi muka kat Israel.. apa cerita ni.. dalam dok menafi tak pi jumpa PM Israel, tetapi pi jumpa teman sejawatan pulak....
Bab ini pun aku tak tau juga apakah hukumnya bila kita dok terhegeh-hegeh sua muka dengan musuh Islam yang paling nyata sekali.. apa tujuannya.. nak jual senjata malaysia... Israel punya lagi canggih, aku takut si mangkok ni ambik ilmu dari Ehud Barak, dan lepas ni umat Islam di Malaysia siap sedia akan jadi mangsa UMNO sebagai mana umat Islam di palestin dan umat Islam di Gaza.
Dalam suasana yang UMNO akan pupus dari bumi Malaysia ini tidak mustahil perkara yang berlaku keatas umat Islam di Palestine itu akan terjadi pula di Malaysia... UMNO sanggup melakukan apa saja demi survival mereka....sama-samalah kita tunggu dan lihat.......

SEBAT - Umpama Guru Rotan Pelajar...

Sebatan bertujuan beri kesedaran dan tidak mudarat hingga kulit tersiat.

Salam Sejahtera...

Disebabkan kes kematian petugas kepada ahli politik yang telah dipolitikkan, maka suasana sejak seminggu ini dalam 1Malaysia dah jadi kecuh, habis hilang bab-bab lain, bab polis kena saman mahkamah oleh Sykt Canvas Malaysia sebanyak RM1.5 juta, pun tak kecuh, DISINI, selsema babi dah dua buah UITM satu di Permatang Pauh dan satu lagi di Seri Iskandar masuk berita pun tak heboh, ada pula satu lagi IPTA yang kena selsema babi, tapi tak di hebohkan, tau-tau pelajarnya dah kena bawa balik rumah, iaitu Universiti Pertahanan Malaysia atau juga dikenali dulu ATMA... pun kena jangkit sebab pensyarahnya pi Australia... Yang boleh tau, anak kawan bini aku pun kena juga, dah kena kurantin kat rumah sekarang, pasai apa tak heboh, biasalah askar... nak jaga displin konon, ambik kau... baru ada akai... bala Allah dah nak mai sapa boleh tahan......

Cuma pepagi ni aku terbaca satu kisah di cyberita mengenai wanita Malaysia yang kena hukum sebat di atas kesalahan minum arak... kisah ini telah heboh diseluruh dunia... cuma kita kat
Malaysia tak ambil pot mengenai kes ini. Kepujian ke atas pengarang Cyberita ialah cara olahan ayat iaitu... "Sebatan bertujuan beri kesedaran dan tidak mudarat hingga kulit tersiat.".

Mengikut akhbar ni lagi mungkin wanita ini wanita pertama Malaysia, tetapi selepas aku semak cari balik, sayang.. rekod pertama boleh kat orang lain, berlaku di Kuantan juga...
Wanita bertudung putih inilah merupakan wanita pertama rupanya, sayang... tengok rupa come lote, tapi boleh jadi taik arak juga...kisahnya boleh baca DI SINI.

Teringat kembali kisah kerajaan Kelantan nak haramkan arak pada waktu mula-mula pemerintahan PAS disekitar tahun 90han yang lalu... yang mana mendapat bantahan keras dari MCA Kelantan, kemudian mereka nak bercadang nak buat perhimpunan minum arak di Kelantan yang kononya seolah-olah mencabar arahan Kerajaan Kelantan. Tapi waktu itu TGNA tenang aja.. biarkanlah mereka nak minum sampai pengsan sekali pun.... itu jawab TGNA... Apa pun akhirnya acara tersebut dibatalkan.

Mungkinkah kejadian berlaku di Pahang negeri UMNO jadi berita ini kurang di hebohkan... wallahhuaklam.. aku tak pasti... tetapi bagi aku walaupun hukuman rotan itu hanya 6 sebatan, jadilah juga dari tak ada langsung.. sekurang-kurangnya ada juga kesan selepas ini untuk umat Islam yang nak membuat kerja mungkar itu... Tahniah kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Yang Arif Abdul Rahman Yunus.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari