boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, October 9, 2011

Pencen Usia 60 tahun - Untung atau rugi..

Salam sejahtera,

Sekadar nak kongsi bersama-sama, bila Najib umum bersara umur 60, aku terbaca yang paling manusia gumbira ialah Dato Umar Osman, Presiden Quepacs, sebab apa yang dia perjuangkan dah tercapai,, ,


Tak boleh nak dinafikan, dalam suasana iklim kehidupan di Malaysia terutamanya faktor ekonomi membuatkan rakyat Malaysia sentiasa hidup dalam kesempitan...

Itu pasal dalam Islam digalakkan terutama lelaki, kalau dah cukup lengkap eloklah berkahwin, ikut Sunnah Nabi, umur 25 tahun kahwin,,, jangan tunggu umur 40 baru nak bernikah, lepas tu time nak pencen anak masih dok beringus, baru nak masuk tadika,,, mana cekau duit nak membesarkan anak kesekolah,, itu yang timbul masaalah utama,, itu dari satu sudut...

Tetapi kalau jens manusia genius macam AdukaTaruna, ia tak indah pun untuk hidup dengan bekerja dengan kerajaan, ia ada cara tersendiri untuk meneruskan kehidupan,, itu lain cerita,,, tetapi kalau yang jenih nak tunggu hujung bulan bawa kad ATM pi jolok kad tekan no pin, keluar duit,, jenis ni yang sikit masaalah,, tu yang dok minta sambung dari 55 ke 56, lepas tu pi ke 58 dan sekarang ke 60...

Bagi aku sesiapa yang bekerja selepas umur 55 ada sedikit kerugian,, kerana anda bekerja dengan gaji separuh sahaja, kerana separuh lagi atau 60% dari gari tersebut adalah pencen anda sepatutnya,, lainlah kalau anda pencen dahulu, dah makan duit pencen kemudia terima jawatan lama dengan gaji akhir,,, yang itu ada sedikit keuntungan material...

Apa pun langkah baru pencen umur 60 membuatkan kita lebih leka dan lali untuk membuat persedian di masa hadapan,, ini sebenarnya yang aku dok nampak,, apa tidaknya,,, pencen lambat lagi,, enjoy dulu,,

Dan manusia yang paling suka pencen 60 ialah jenis manusia yang kerja pi punch card, lepas tu keluak pi kantin minum sembang kena rokok, pukol sembilan baru masuk office, pukol 10 keluar lagi minum teh, pukol 11 baru masuk balik,, pukol 12 keluar lagi,, jenis-jenis ni memang suka kerja sampai mampuih pun depa sanggup,

Begitu juga penjawat sebagai pengarah-pengarah dan pengetua sekolah yang hanya tahu mengarah orang bawahannya buat itu ini, lepas tu si pengarah ni bawa pi mesyuarat dia yang dapat pujian,, jenis ni pun sama spesis suka kerja sampai mampus...,,

Tetapi bagi yang bekerja dengan penuh amanah dan tanggungjawab, selalunya bila sampai masa layak untuk pencen,,, maka depa akan cabut, lebih baik pencen buat persiapan diri untuk bertemu dengan Allah yang tidak tahu bila tarikhnya.....

Sedarkah Nabi Muhammad dulu wafat umur 63 tahun,, tetapi umur beliau dikira mengikut tahun hijrah, bukan tahun masehi, umur aku sekarang dah 50 tahun ikut tahun masehi, kalau aku kira ikut tahun hijrah dah lebih dari 53 tahun, jadi bayangkan berama umur kita kalau pencen umur 6o tahun masehi,,,

Kalau melepasi umur nabi macam umur Mahathir tu alhamdulillah, itu boleh dikira sebagai bonus dari Allah buat kita,, tetapi kalau tak sempat alangkah ruginya kita,,,

Selalunya kita ni bila dah pencen baru nak mula kehidupan baru, bila nak pencen baru nak akil baligh, baru nak mula belajar pi surau,, jadi sempatkah kita buat persediaan terakhir sebelum dijemput oleh malaikat Izrael...

Dan lagi lagi satu aku rasa manusia yang kerja sampai umur 60, ia hilang satu keseronokan dalam hidup,,, sepatutnya sisa-sia umur itu selain dari beribadat kepada Allah, ialah bermain dengan cucunya,, iatu yang paling nikmat, tetapi kalau astik dok kerja masa mana dak layan cucu.... rugi bro,, walaupun aku sendiri belum bercucu,,,

Hangpa nak tau nikmat ke tak kehidupan orang berpencen hangpa pi tanya blogger Dr Abdul Wahab Arbain. Betapa rileknya beliau sekarang.... Insyallah, aku pun akan menurut jejak beliau dalam 5 tahun lagi,, aku nak pencen umur 55,, Amin Ya Rabbal Alamin..




7 comments:

  1. kalau macam tu semua ahli yang berhormat boleh la bersara setelah berumur 55 tahun. kan kan kan. macama mana nik ajis terompah tu? hj hadi kuasa kuda? kena berenti la... yer la diorang ni pun akan mampos jugak kan kan kan.

    mampos manjungmari...... kena stroke la kau sikit lagi ,,,ameen

    ReplyDelete
  2. najib nak ajak rakyat negara ini khususnya umat Islam supaya tidak ingat mati dan tak ingat nak pergi masjid dan surau

    ReplyDelete
  3. Teman sokong benor pendapat miker.. Bagi la chance orang muda-muda pula gantikan tempat kita yang dah tua ni.. Dema lagi banyak idea, lagi cergas dan cerdas.. Awok dah tua-tua tu udah ler..

    Ngaku jer la keraajaan takde duit nak bayor graduiti dengan pencen..

    ReplyDelete
  4. pencen umur 60? untung bagi yg suka berhutang :)

    ReplyDelete
  5. setuju....benar,,,baik sampai 80thn...nanti anak2 yg belajar sampai tinggi....melepak aje le..klu dah tua bangka pun nak kerja lagi...bukan nak gi ngaji..

    ReplyDelete
  6. buat apa 60thn,,,,80thn lagi bagus...nanti anak2 yg belajar tinggi tu boleh dok lepak je kat umah..pasal atok dan nenek tak habis2 kerja...

    ReplyDelete
  7. ko nak pencen ...pencen ler....tu kan pilihan....ke ko x paham.... der de najib tu nak merayu2 suruh ko sambung kija kalo ko nak pencen...bak2 ibadat tu...kan hari2 kena buat....pencen ke x pencen ke...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari