

“Jika bank dirompak, kerosakan hanya tertumpu kepada cawangan bank berkaitan dan jumlah dirompak.
“Apabila jenayah komersial berlaku dalam organisasi ia menjejaskan seluruh rangkaian sistem perniagaan, boleh melumpuhkan seluruh operasi dan mengakibatkan urus niaga terjejas manakala ratusan atau ribuan pekerjanya pula berkemungkinan hilang pekerjaan,” titahnya merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, semalam.
Sultan Azlan bertitah, pegawai dan polis yang mengendalikan jenayah komersial perlu meningkatkan kemahiran, pengetahuan, keupayaan dan kapasiti bagi menangani jenayah itu demi menjamin iklim perdagangan dan ekonomi negara terus diyakini pelabur.
Baginda bertitah, tindakan tegas dan pantas memang perlu dilakukan kerana jenayah komersial mampu berlaku dan merebak dengan cepat.
Jika perlu, perundangan harus diperkemaskan selain mengutamakan usaha latihan bagi mewujudkan pegawai penyiasat yang lebih cekap.
“Jenayah kolar putih yang semakin ketara memerlukan kemahiran penyiasatan yang lebih canggih serta kapasiti pendakwaan lebih cekap.
“Pertambahan penduduk, pergerakan manusia lebih mudah, kemajuan teknologi komunikasi dan dunia tanpa sempadan mewujudkan senario dan corak baru kegiatan jenayah ini,” titahnya.
Sultan Azlan juga bertitah, semangat rondaan penduduk harus dihidupkan kembali terutama di penempatan yang mempunyai jenayah tinggi.
Titahnya, ketika negara menghadapi ancaman komunis, rakyat melakukan kawalan menerusi home guard serta unit kawalan kampung dan semangat itu perlu dihidupkan kembali.
Komen!!
Ampun Tuanku.. Pada Hemat patik anggota Polis di Negeri Perak terlalu sibuk untuk melaksanakan semua tugas-tugas aspek keselamatan, Negeri Perak masih tidak stabil suasana politiknya.. selagi Tuanku tidak perkenankan perbubaran DUN negeri Perak, selagi itulah Polis sibuk menjaga kepentingan politik UMNO.. Sebelum tragedi 5 Feb 2009 Negeri Perak aman damai.. Polis tak perlu sibuk ke sana ke mari, tetapi selepas kejadian tarikh tersebut Polis hingga ke hari ini sibuk siang malam menjaga kepentingan UMNO.
MEI 29 — Sebaik sahaja kembali dari tanahair pada 26 Mei, segala tumpuan saya adalah kepada politik Malaysia.
Saya menyertai rombongan Speaker Parlimen ke Uzbekistan dan Kyrgystan pada 19 Mei yang lalu untuk mengukuhkan hubungan di antara Parlimen. Sebagai ahli Parlimen yang termasuk dalam kumpulan persahabatan antara parlimen bagi Negara Islam dan Timur Tengah saya bersama dengan empat ahli Parlimen yang lain telah dipilih dalam rombongan ini untuk menjayakan misi negara.
Ianya satu penghormatan untuk menggalas tanggungjawab mempromosikan Parlimen Malaysia di mata dunia. Sepanjang lawatan resmi, ketika waktu rehat sambil bersantai, kami mengambil masa keemasan untuk berbincang tentang politik Malaysia kerana agak sukar suasana bersantai ini untuk ahli Parlimen PR dan BN dapat duduk sekali dalam misi negara.
Walaupun kami bukanlah pembuat keputusan tetapi bertukar maklumat dan pandangan tentang masa depan politik Malaysia sekurang-kurangnya dapat menjadi satu “intellectual discourse” bagi menajamkan lagi kefahaman kami terhadap senario politik Malaysia dan masa depannya yang mencabar.
Tepat jam 8.30 pagi penerbangan Uzbekistan Airways mendarat di KLIA setelah perjalanan 7 jam dari Tashkent. Saya mengambil peluang untuk tidur sepanjang perjalanan namun sempat berbual dengan seorang tokoh muda Umno dari Parlimen Pulai tentang politik Malaysia serta permasalahan kepartian yang dihadapi oleh parti masing-masing.
Agak menarik kerana kami mewakili golongan muda parti masing-masing, aspirasi kami seolah sama untuk melihat politik Malaysia dan parti masing-masing maju kehadapan. Jam di Tashkent semasa waktu bertolak pukul 10 malam, saya dan YB Pulai hanya sempat bertahan sejam sahaja perbualan dan selebihnya masing-masing melayan mimpi untuk balik kepangkuan keluarga dan tanahair.
Telefon bimbit saya tak berhenti berdering selepasa sahaja diaktifkan tanda pesanan bertubi-tubi kerana sepanjang di luar negeri saya mematikan telefon bimbit. Antara pesanan baru yang diterima ialah dari SMS harakah yang diajukan dari kawan-kawan memaklumkan senarai terakhir calon-calon untuk pemilihan parti PAS dan antaranya ialah senarai terakhir lima calon untuk jawatan Naib Presiden termasuklah nama saya.
Saya tidak terkejut kerana sehari sebelum saya berangkat iaitu pada 18 Mei saya telahpun mengirimkan faks ke Pejabat Agung PAS memaklumkan pengesahan saya akan bertanding. Sememangnya keputusan untuk menerima dan mengesahkan untuk bertanding bukanlah mudah.
Beberapa kali saya teragak-agak untuk menarik diri kerana merasa terlalu kerdil berbanding dengan nama-nama besar lain yang turut dicalonkan, tetapi berbekalkan keinginan untuk berkhidmat kepada parti dan nasihat ikhlas dari saudara dan kawan-kawan saya gagahkan diri untuk menerima pencalonan jawatan ketiga tertinggi dalam PAS.
Saya telah berada dalam Jawatankuasa PAS pusat selama dua penggal, sebelum itu saya dalam Dewan Pemuda dua penggal juga. Di peringkat negeri semasa di Melaka pernah menjawat Timbalan Pesuruhjaya dan Ketua Penerangan selama beberapa penggal.
Saya juga merasai kepimpinan akar umbi apabila pernah menjadi YDP Kawasan Jasin dan Pengerusi Majlis Tindakan DUN Serkam, kini saya masih YDP tetapi di Bayan Baru Pulau Pinang dan Timbalan Pesuruhjaya Pulau Pinang setelah berpindah balik negeri asal pada tahun 2004.
Pengalaman dua kali kalah dalam PRU turut mewarnai pahit maung permainan demokrasi yang saya pilih untuk sertai dan bermain dengannya semenjak 1999. Saya berasa kerdil apatah lagi dua tokoh besar seperti YB Salehudin dan Dato’ Mahfuz Omar pernah menjadi bos saya semasa dalam Pemuda dulu.
Dato’ Tuan Ibrahim pula seorang tokoh agama yang disegani manakala Dato’ Nik Ammar memang berpengalaman dalam pentadbiran Kerajaan Kelantan selama beberapa penggal. Sudah tentulah saya gentar semasa menerima pencalonan Naib Presiden, namun saya melihat bahawa PAS hari ini sudah jadi “mainstream politics”.
Semalam setelah berkempen di Penanti kawan baik saya menyebut satu perkataan yang besar tentang Pas, katanya “la ni masa untuk PAS, buatlah sesuatu supaya ia berada di hadapan!” walaupun dia mengucapkannya sambil menikmati roti nan di Restoren Subaidah Seberang Jaya, ungkapannya mempunyai implikasi yang besar dalam masa depan politik Malaysia seluruh negara.
Atas alasan melihat masa depan politik Malaysia supaya dapat membuat anjakan dari kepompong yang ada, saya beranikan diri untuk jawatan ini bagi saya membentuk lakarannya melalui landasan PAS yang mempunyai potensi besar untuk mengubah lanskap politik tanahair.
Namun matlamat besar ini bukan mudah dan bukan retorik, ia memerlukan pandangan menyeluruh kepada masa depan politik dan bagaimana PAS dapat menyesuaikan diri dalam perubahan ini, adakah PAS mahu menjadi saksi kepada perubahan? atau mangsa kepada perubahan? ataukah PAS memilih untuk menjadi peneraju kepada perubahan.
Pemikiran perubahan politik ini ada disiplinnya, ia bukan hafalan dalam buku-buku “management”, ia satu panduan bagi pengamal-pengamal membuat ramalan-ramalan tentang apakah implikasi jika tidak mengikut garispanduannya, oleh itu terpulanglah kepada kita untuk memilih apakah konsekuensinya.
Untuk memastikan keputusan yang terbaik PAS perlu bersifat artikulatif kepada dasar yang diperjuangkan di mana asas pendekatannya mestilah inklusif dan retrospektif kepada suasana kelilingnya. Semua ini memerlukan kepimpinan PAS yang menjiwai aspirasi nasional yang disandarkan oleh orang ramai kepadanya, ia bukan lagi parti eksklusif untuk golongan tertentu pada masa-masa tertentu.
Alasan saya dengan premis pemikiran sebegini bukan sahaja justifikasi untuk bertanding tetapi bebanan kepimpinan yang perlu menjadi agenda kepimpinan yang bakal akan ditentukan oleh perwakilan PAS seluruh negara.
Saya heran mengapa isu yang diperbincangkan di ambang pra muktamar ini ialah samada mahu ulamak atau tidak sebagai pemimpin atau polemic peribadi yang hanya pandai melabelkan orang ini “Erdogan” orang ini geng “muqabalah” atau orang ini “PAS tulen”. Apakah semua isu ini akan memberi kesan kepada sifat artikulatif, inklusif dan retrospektif yang terpaksa dihuraikan oleh kepimpinan baru nanti dalam agenda nasionalnya?
Lebih penting daripada itu bersediakah kepimpinan baru nanti mendidik ahlinya menjadi parti yang akan “lead the way forward?” Itulah yang bermain di benak saya sepanjang jalan dari KLIA ke Pariti Buntar dan sesekali dikejutkan oleh anak bongsu saya yang minat bertanya tentang perjalanan saya ke Asia Tengah sambil membelek gambar dalam kamera digital saya.
Hanya dengan memikirkan apakah masa depan politik Malaysia dan perkembangan global, sesebuah parti politik itu boleh maju ke hadapan. Parti politik memainkan peranan yang penting membentuk lanskap politik dan untuk dia melakukan demikian parti itu perlu menjelmakan dalam dirinya aspirasi yang akan membawa negara ini ke arah itu.
Isu perkauman, isu patriotism, isu keutuhan diri dan isu identity bangsa Malaysia, kesan isu global semua perlu diperincikan dalam kerangka struktur pemikiran parti terhadap permasalahan di atas dan kemudian kemampuan parti untuk merungkaikan kerumitan dalam bahasa yang mudah difahami oleh ahli dan orang awam!
Siapa kata menjadi pemimpin sebuah parti politik begitu mudah dan simplistik? Sebab itu, saya kurang faham mengapa dalam pemilihan parti yang besar ertinya kepada masa depan politik tanahair kita masih berbincang lagi persoalan ulamak atau professional, Erdogan atau muqabalah sedangkan masa depan negara terbentang luas di hadapan mereka.
Perwakilan hanya perlu memilih siapakah bakal kepimpinan mereka yang boleh membawa aspirasi nasional untuk membawa negara ini satu langkah kehadapan, persoalannya apakah perwakilan dapat mendalami dan menjiwai peranan mereka yang penting dalam muktamar nanti?
Saya menaruh harapan dan keyakinan, itulah sahaja bekalan yang ada pada saya. Sambil isteri saya yang setia di sebelah bertanya apakah saya yakin untuk meneruskan hasrat bertanding, saya menjawab “harap-harap keputusan ini sesuatu yang tepat pada waktunya dan tepat pada tempatnya, hanya orang yang tepat itu saya serahkan kepada perwakilan nanti”
Mujahid Yusof Rawa is MP for Parit Buntar and PAS National Unity Committee chairman.
Komen: Alangkah cantiknya PAS dengan pemimpin baru,, Timbalan dipegang Datuk Husam Musa, manakala Naib Presiden pula oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Mujahid Yusof Rawa dan YB Salahudin Ayob.Cantik pada pandangan aku laa...
KUALA LUMPUR: Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat kes serangan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga menyebabkan matanya lebam pada 1998, semalam mendakwa ada rancangan peringkat tinggi yang menggunakan notis muflis ke atas beliau untuk merosakkan kredibilitinya menjelang beberapa kes mendatang, termasuk kes liwat pemimpin pembangkang itu Julai ini.
Agensi berita rasmi Bernama kelmarin melaporkan bahawa Datuk Mat Zain telah diisytiharkan muflis pada 21 April lalu kerana gagal melunaskan hutang RM250,000 ($103,525) dan diberikan notis itu Selasa lalu.
Laporan-laporan mengenai kes Datuk Mat Zain itu telah dikeluarkan oleh beberapa akhbar utama Malaysia, termasuk laman berita The Malaysian Insider yang melanggani khidmat berita Bernama.
Semalam, The Malaysian Insider menyiarkan kenyataan Datuk Mat Zain berkaitan dengan hal tersebut.
'Saya katakan dengan pasti bahawa ada tangan-tangan tersembunyi yang amat kuat yang mahukan demikian.
'Alasan mereka ialah untuk memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya serta menghalang saya daripada memberikan bukti terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dan IGP (Ketua Polis Negara) Tan Sri Musa Hassan kerana memalsukan bukti dalam kes 'mata lebam' 1998 yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,' dedah beliau dalam kenyataannya itu.
Datuk Mat Zain, yang memilih untuk bersara pada 2001 sebagai Ketua Jabatan Penyiasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, berkata beliau percaya notis muflis terhadapnya ada kaitan dengan rayuan beliau kepada lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) agar membersihkan namanya selepas agensi itu membebaskan Tan Sri Abdul Gani dan Tan Sri Musa daripada dakwaan pemalsuan bukti yang dikemukakan Datuk Seri Anwar.
'Saya mempunyai alasan untuk percaya bahawa pasukan pendakwaan menjangkakan Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes 'mata lebam' itu pada satu ketika dalam perbicaraan beliau. Bukti saya akan menjadi penting pada ketika itu. Satu-satunya pilihan mereka ialah memusnahkan kredibiliti saya.
'Percayalah saya, itu bukan satu-satunya kes yang mana kedua-duanya pernah campur tangan,' tegas beliau dalam kenyataannya itu.
Datuk Mat Zain mendedahkan bahawa beliau diarahkan peguamnya agar meneliti kes muflis itu kerana beliau belum pernah menerima sebarang notis berhubung tindakan saman peniaga, Encik Yap Thoong Choan, 72 tahun, yang difailkan pada 10 Ogos 2004 terhadapnya untuk mendapatkan semula baki hutang belum terbayar sebanyak RM250,000.
Datuk Mat Zain, 60 tahun, dikatakan berhutang sejumlah RM500,000 dalam satu perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 22 Februari 2002, menurut The Malaysian Insider.
KUALA LUMPUR 27 Mei - ''Tidak pernah sepanjang berkhidmat dalam bidang perundangan ini saya mendapat atau berjumpa atau mengetahui pihak penjara boleh mengeluarkan surat memohon hukuman ringan bagi tertuduh.''
Itu merupakan reaksi Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal Abidin Kamarudin apabila peguam bela S. Saravanan mengemukakan surat tersebut kepada mahkamah hari ini sebagai sokongan terhadap rayuan untuk mengurangkan hukuman anak guamnya, Yap Yong Yee @ Mohd. Razif Yap Abdullah, 29.
Surat bertarikh 15 Mei lalu dan dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Penjara Sungai Buloh tersebut begitu menarik perhatian hakim itu sehingga beliau berulang kali meneliti surat berkenaan.
Tertuduh berada di dalam penjara selama 15 bulan sejak ditahan pada 23 Februari tahun lalu.
Terdahulu, Mohd. Razif mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan termasuk satu tuduhan pilihan iaitu memiliki sepucuk pistol dan sembilan butir peluru hidup.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut kira-kira pukul 3.45 pagi, 23 Februari tahun lalu di Batu 3, Jalan Ipoh di sini.
Tertuduh yang merupakan anak kepada seorang pegawai kanan polis sebelum ini dituduh mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 sebelum pertuduhan tersebut dipinda kepada Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aizam Aiza Zamran.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Zainal Abidin juga sempat bertanya kepada Mohd. Razif perkara pertama yang akan dilakukan apabila dibebaskan kelak.
''Saya nak tengok anak dulu. Saya tak dapat tengok anak masa di penjara, tak dapat nak tengok mereka masuk sekolah. Nenek saya meninggal beberapa minggu lalu pun saya tak dapat tengok. Saya rindu anak-anak,'' katanya sambil menangis menyebabkan beberapa orang awam termasuk wartawan menitiskan air mata.
Zainal Abidin juga bertanyakan kepada tertuduh kenapa dia tidak berjumpa dengan bapanya yang merupakan pegawai polis untuk menyerahkan pistol yang didakwa dijumpai.
Tertuduh hanya menyatakan dia berasa takut kerana dia dibesarkan oleh datuk dan nenek sebelah ibu.
Bapanya juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau pernah bertanya perkara yang sama sewaktu menemui anaknya selepas ditahan polis dan turut mendapat jawapan yang sama.
Mahkamah selepas meneliti hujah dan rayuan kedua pihak menjatuhkan hukuman penjara 16 bulan bermula dari tarikh tangkap ke atas tertuduh.
Zainal Abidin, sebelum prosiding berakhir sempat menyatakan: ''Encik Mohd. Razif, saya hanya boleh ucapkan selamat berjaya, jadikan kesilapan awak ini sebagai motivasi untuk menjadi seorang yang lebih berguna dan setegas mana pun seorang bapa ia adalah untuk kebaikan. Awak boleh jumpa keluarga awak.''
Mohd. Razif dan bapanya kemudiannya sempat berpelukan dan kedua-duanya dilihat menangis hiba selama beberapa minit di mahkamah sebelum tertuduh dibawa masuk ke lokap.
Komen MM..Aku nak tanya.. tak usahlah anak orang biasa macam kita... kalau anak Sarjan Misai yang kena macam tu agak-agak mau ka penjara bagi surat sokongan.......... Itulah Undang-undang di Malaysia...