boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, May 8, 2009

'Bisikan' bukan tanda iktiraf


Salam sejahtera...
Aku hari ini bukan nak komen apa-apa kat anak raja negeri aku,,, sungguh...aku tak mau kata apa-apa lagi, lagi pun hari ini hari Jumaat, perkara yang dah berlalu, biarkanlah... moga-moga ini akan jadi satu peringatan buat semua kita.. dengan kejadian semalam juga kita dapat mengenali siapa sahabat dan siapa musuh, buangkanlah sifat mari bersatu dengan bangsa kita bangsa Melayu.. buangkan slogan melayu itu ke laut di Pulau Sembilan sana...biarlah slogan melayu hanyut dibawa arus...bagi aku nilai melayu sudah menjadi kupang tembaga...
Di sini aku nak pinjam kata panggilan kawan aku blogger mamamat..MB Dpulau.. sedap sikit.. cukuplah panggilan aku sebelum ini dengan macam-macam gelaran, bukan apa.. cuma dalam jangkaan firasat aku MB Dpulau ni pun dah tak lama.. sekejap la gi...
MB Dpulau kata Bisikan Raja Muda bukan tanda iktiraf... Cerita lanjut ada DI SINI. Tak apalah itu hak dia sebagai MB pilihan Sultan sebelum ini.. dia pun nak bersuara juga.. walaupun suara yang dilafazkan penuh dengan kerisauan di hati, berbomoh sudah, berfatwa dengan tok mufti pun sudah, namun kerisauan makin bertambah, makin berkecamuk...lagi pun kalau tidak tak ada pulak berita nak ditulis.. 
Cuma di sini aku nak katakan.. DS IR Haji Nizar sewaktu jadi MB dahulu bermula 17 Mac 2008 sehingga 04 Feb 2009 tak pernah pulak ia meminta "MOHON RESTU RAKYAT". Tak pernah pula ia menjaja "Saya MB Pilihan Sultan......"
OKlah cerita banyak pun buat apa... tak payahlah dok mengaku dan mendakwa siapa yang dapat iktiraf dari Sultan...BUBARKAN SAJA DUN... keputusan dari situ baru boleh cerita... alangkah lebih baik ditambah cerita saya juga dapat iktiraf dari SUK, S/U Dewan Abdullah Antong, Mufti, Polis dan Bentara Dewan... ada sesiapa yang nak tambah sila kan...

1 comment:

  1. salam MM saya marah sgt dan geram dengan kes semalam.... mereka tak hormat langsung... kesian speaker di halau maxcamtu.... kenapa selepas speaker di tarik keluar orang PR tak kuar ramai2 tinggalkan dewan biarkan sultan tau... tak cukup ahli datang... maka jadi cam terengganu....
    10 ahli DUN boikot... kat perak blh cipta sejarah 28 ahli DUN boikot... sry MM geram dan lapar sekarang nih..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari