boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, May 2, 2009

Jemputan Walimatul Urus..

Salam Semua..

Hari ini Sabtu kerja macam biasa separuh hari, bukan kerja gomen hari Sabtu boleh rehat..dua minggu lepas aku dapat Kad jemputan dari seorang Boss (Ketua Bahagian) yang setempat kerja dengan aku, 3 hari lepas tu aku masuk officenya, ia sempat pesan lagi jangan lupa mai makan kenduri kahwain anaknya yang di buat di dewan MPM, dalam pada tu bini aku pun dapat juga kad jemputan kahwin, kawan setempat kerjanya kahwin, rumahnya seberang jalan depan taman aku juga, 

Dalam pada tu ada seorang ahli PAS buat kenduri kahwin hari ini juga, dekat juga dengan taman rumah aku, minggu lepas waktu kuliah Ustaz Sidik ia sibuk dok beri kad jemputan pada ramai kenalan, tetapi aku dia tak bagi, kira aku nasib baik tak dapat.. pasai apa aku tak dapat.. mungkin aku baik dengan Sifu aku, ahli PAS ni memang tak suka dengan Sifu aku, kalau Sifu jadi Imam dia sanggup keluar tak sembahyang, punya marah..lebih marah daripada marah kat UMNO lagi...

Kemudian 3 hari lepas MSK talipon aku, tanya alamat rumah, nak bagi kad jemputan kahwin, terkejut aku sapa nak kahwin, rupanya adik perempuan blogger Ummi yang nak kahwin.. jadi aku dapat 3 jemputan kahwin yang kena pergi..

Semalam pening macam mana nak atur masa.. kalau dekat sini OK.. kalau rumah Ummi jauh sikit nu hala kat Bagan Datuk sana..nasib baik bini aku dapat idea, rumah kawan dia tu dia dengan anak ku yang pegi, kira cukup cantik, memang aku dok cadang sebelum ni pun aku nak hantar bini aku saja, sebab aku tak tergamak nak pi rumah tu, sebab bapak kepada pengantin ni memang UMNO tegar, aku mati idup balik pun tak akan aku pergi.. waktu bulan puasa kat pasar Ramadhan malaun ni meniaga murtabak.. macam punya punya sedappun  aku tak pernah beli..sebab dia ni memang jenis teruk.. kalau Ustaz mengajar kat Surau Tamannya sebut agak terlebih sikit dia dah tak boleh terima, mula nak mengamok kat luar surau.. jadi manusia jenis ini aku tak sesuai nak pi buat kawan...

Balik dari kerja tadi aku terus pi ke Dewan MPM, orang tengah ramai. biasalah prime time..tuan kenduri bersama isterinya keturunan Inggeris Australia menunggu di depan pintu, aku pi jumpa salam, terus masuk ke dewan.. wow kira exclusive juga kendurinya.. macam-macam gerai makanan ada disediakan...aku makan... siap makan ambik tapai pulut 4 biji terus nak balik, pengantin baru sampai kat dewan,.. aku balik rumah..sembahyang zohor. siap terus pi ke Bagan Datuk rumah Pak Karamu bapa Ummi.

Dekat pukol 3 ptg aku sampai rumah Pak Karamu, nak MSK dok menung kat khemah depan, geng blogger dari Penag pun ramai.. yang aku kenal Zul Mamak, Jordan kee dan 2-3 orang lagi.. AlBanjari tengah dok layan anaknya.. Dugong Darat dok tersandar kekeyangan..Sya-Reform pun turut sibuk,,, Perisik Rakyat (Topeng Perak) sibuk dengan kamera mengambil gambar, Pak Karamu pula dok melayan tetamu yang masih lagi ramai.. lepas bersalam dengan Pak Karamu aku tak tunggu lagi. terus pi senduk nasi la.. drive dekat sejam lebih perut dah lapak balik.. makan...
Selesai makan lepas tu ada pula sessi bergambar bersama-sama blogger yang hadir, selepas tu terjumpa pula seorang jemaah surah madah yang aku selalu nampak, rupanya Tok Bisan Pak Karamu, lepas tu datang pula seorang tetamu yang sama-sama kerja dengan aku.. aku ingat sedara Pak Karamu juga.. lain pulak dia ni.. anak murid Pak Karamu, dok mai belajak agama dengan Pak Karamu 2 minggu sekali.. oii ramai boleh jumpa kekawan di sini...
Ada sorang lagi Blogger wanita yang sampai.. diperkenalkan oleh Ummi dengan panggilan Kak Leha..pun ada juga.. waktu PRK Bukit Gantang dia tanya kat aku.. aku tak ada jumpa dengan depa ni semua..
Bila dah selesai makan, perut dah kenyang, kenalah balik, waktu nak balik geng Penang sibuk dok tanya turun tak kat Penanti, nampak macam tak bolehlah.. aku kena kerja.. mungkin hari mengundi aku cuba turun ke sana.. bila nak balik baru dapat jumpa suami Ummi.. baru kenal.. sebelum ini aku belum kenal suami..nya.. Lepas tu aku bertolak balik, seronok pergi rumah Pak Karamu.. itulah pertama kali dalam hidup ku aku ke sana.. kalau tak kerana jemputan Pak Karamu aku tak sampai lagi kesana yang membawa satu kenangan indah.



3 comments:

  1. Salam ManjungMari,

    Baca tajuk posting hang ingatkan hang yang menikah satu lagi, rupanya hang jadi jemputan saja..., bikin gempak ja...

    ha..ha...ha....

    ReplyDelete
  2. Isa...
    Hang doakanlah.. moga-moga aku pun ada rezeki macam tu..

    ReplyDelete
  3. Salam MM
    Temanpun terpikio camtu. Dah tersedik esok nak ngantor mempelai si MM ke rumah barunya.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari