boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, May 2, 2009

1MALAYSIA - GADAI ISLAM KERANA KEPENTINGAN UNDI BUKAN ISLAM..

ANAK KEKAL AGAMA ASAL WALAU IBU ATAU BAPA TUKAR AGAMA

DR ASRI PERTIKAI KEPUTUSAN SEHALA KABINET

Tuduh kerajaan mahukan sokongan pengundi terutama bukan Islam

LAMPETER (Wales): Keputusan sehala Kabinet Malaysia bahawa anak-anak dibesarkan dengan kepercayaan atau agama ibu bapa mereka semasa mereka dalam ikatan perkahwinan walaupun jika salah seorang daripada pasangan itu kemudiannya bertukar agama kepada Islam menyalahi hak asasi dari sudut Islam dan kemanusiaan amnya, kata bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Beliau bagaimanapun berkata tidak seharusnya berlaku pertukaran agama yang dipaksakan dan keduadua ibu bapa mempunyai hak untuk mendidik anak mereka dalam agama masing-masing.

Menambahkan lagi tengkarah isu penukaran agama di Malaysia itu, ulama yang mempunyai pengaruh besar di negara itu selanjutnya menuduh kerajaan Malaysia membuat keputusan berkenaan semata-mata mahukan sokongan pengundi di negara itu.

'Masalahnya di sini ialah apabila kerajaan terlalu ghairah mendapatkan undi, terutama undi bukan Islam, mereka membuat keputusan-keputusan berdasarkan sentimen.

'Jika orang Cina sekarang ini meminta sesuatu, kemudian orang Melayu, maka pendiriannya terus berubah,' katanya dalam wawancara eksklusif dengan laman berita berpengaruh, The Malaysian Insider, di sini.

Dr Mohd Asri, yang pernah menjadi Mufti Perlis selama dua tahun sebelum meletakkan jawatan itu untuk berhijrah ke Wales pada Disember lalu untuk membuat kajian mengenai Islam, menyertai suara-suara bantahan, termasuk daripada golongan konservatif Islam Malaysia serta beberapa pemimpin Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Kritikan-kritikan itu tercetus menyusuli kes penukaran agama yang melibatkan tengkarah hak menjaga anak milik Cik Indira Ghandi, seorang penganut Hindu, dan bekas suaminya yang memeluk agama Islam.

'Hanya kerana saya menukar agama, saya tidak mempunyai hak ke atas masa depan agama anak-anak saya? Ini bukan hak asasi menurut Islam dan juga hak asasi kemanusiaan universal,' tegas Dr Mohd Asri.

'Mengapa si bapa tidak dibenarkan mendidik anaknya? Malah, tidak harus ada keputusan sehingga beliau mencapai usia yang wajar kerana dalam Islam pun, anak-anak tidak bertanggungjawab atas dosa dan pahala.

'Kabinet seharusnya menyerahkannya kepada mahkamah, sama ada mahkamah syariah atau sivil. Ia tidak menjadi hal, asalkan mereka memutuskannya dengan adil,' jelasnya.

Menurutnya, kedua-dua mahkamah akan mengambil kira faktor agama, serta pasangan ibu bapa manakah yang terbaik bagi menjaga anaknya dalam memutuskan hak penjagaan itu.

Beliau juga mempertahankan peranan Mahkamah Syariah dalam menangani kes-kes seperti itu, sambil menjelaskan bahawa masalah di Malaysia bukannya soal ketidakadilan hukum Islam bahkan ketidakcekapan Mahkamah Syariah tempatan.

'Masalahnya bukan Islam tetapi Mahkamah Syariah tidak mencerminkan ajaran Islam sebenar. Menurut Islam, kes-kes cerai harus diselesaikan dalam masa idah tiga bulan si isteri, tetapi sebaliknya, kita melihat ia mengambil masa bertahun-tahun.

'Apabila kes ditangguh, orang berasa Islam kejam, tetapi hakikatnya ia disebabkan ketidakcekapan Mahkamah Syariah,' jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari