boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, May 1, 2009

Awas - Kerajaan Pakatan Rakyat Perak..

Salam Sejahtera..

Berita TV3 dan TV9 jam 8.00 malam tadi ada menyiarkan mengenai Kerajaan BN ada menghantar usul menukarkan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Berita TV9 mula-mula berita terus cerita bab tu..

Apakah motif tujuan mereka mewar-warkan berita tersebut?.

Mungkin mereka ingin memaklumkan kepada rakyat terutama warga Perak yang UMNO seolah-olah mereka berkuasa dalam segala hal tanpa mengikut undang-undang yang termaktub di DUN Perak.
Ataupun adakah mereka saja ingin provokasi kepada pihak Pakatan Rakyat supaya melakukan sesuatu yang boleh membuatkan warga Perak semakin membenci kepada Nizar.. Kita harus ingat.. mula-mula isu Derhaka.. mereka berjaya menipu orang melayu.. kita boleh lihat bila peti undi kawasan melayu pada PRK bukit Gantang lebih 19 ribu pengundi melayu Bukit Gantang mengundi UMNO. 
Kemudian baru-baru ini mereka menggunakan NGO-NGO Melayu mengatakan yang Nizar angkuh kerana menolak saranan Sultan Perak yang mahu pemimpin Politik bekerja sama untuk kebaikan rakyat Perak.

Apa yang aku dengar kemungkinan besar DUN Perak akan dibubarkan.. ini atas permintaan UMNO sendiri.. cuma sebelum dibubarkan mereka akan sedaya upaya akan mencari isu besar yang boleh pengundi beralih kepada mengundi BN pada PRK tersebut. 

Tetapi apa yang aku dapat bayangkan apa yang mereka rancangkan ialah mereka sengaja nak menghebahkan semua ini, sebelum ini pun pihak BN dah memberi amaran kepada rakyat Perak jangan menjadikan krisis Perak seperti di Thailand.. Manakala pihak Polis pulak sibuk mengatakan keselamatan semasa sidang DUN akan di pertingkatkan, apakah rakyat Perak ini terutama penyokong PR semuanya tidak faham akan undang-undang.

Mari kita ingat balik.. semasa 3.3.09 Sidang DUN bawah pokok dulu pun dah ada samseng-samseng upahan yang terdiri dari Pekida yang cuba mencari pasal untuk mencetuskan pergaduhan, manakala polis yang berada boleh diam seolah-olah tiada apa-apa berlaku.. kemudian bila kes bawah pokok selesai, baru Hamid Albar dan Timbalan Ketua Polis Negara membuat akuan yang agak mengecewakan kita semua..

Bila selepas itu yang kena tindakan Polis ialah ADUN-ADUN PR.. manakala suspek-suspek yang melakukan aktiviti tercetusnya pergaduhan ada keluar gambar mereka di akhbar Sinar Harian  yang mereka dikehendaki polis.. tetapi tindakan selepas itu tak dengar pula... samalah dengan isu di terengganu "Kami nak deris Natang" senyap begitu juga.. dan yang terbaharu penghantar SMS kepada ADUN UMNO Terengganu, yang ditahan polis.. kemudian bebas..apakah ini semua gimik mereka sahaja.

Cuma kali ini apa yang aku agak, mereka mungkin mahu mencetusnya pergaduhan, kalau boleh biar secara besar-besaran, kemudian meraka akan mengatakan yang PR lah yang menghasut rakyat melakukan pergaduhan tersebut.. jadi selepas itu atas nasihat polis maka Sultan pun bertitah mengeluarkan arahan Perak akan ditadbir secara Mageran dengan memberi kuasa kepada Zambri dan pengikutnya mentadbir negeri Perak.. segala tindakan dari PR rakyat tidak dibenarkan.. boleh diambil tindakan Polis..nak kata apa kita...jadi tunggulah kita sehingga PRU13 nanti..

Apa hangpa ingat perkara macam ni tak boleh berlaku ka.. Kalau dah nama UMNO tu apa saja depa boleh buat.. kita kena ingat.. Mahathir dah ada kat belakang Najib.. Orang tua tu serba serbi dia boleh.. putar belitnya memang aku akui, kelas A+ punya.. Jadi PR hendaklah bersedia..macam-macam boleh berlaku pada 7 Mei nanti.

Bagi kita pendokong kebenaran hanya pada Allah kita berserah, banyak-banyaklah kita berdoa mohon pada Allah bagi petunjuk kepada DS IR Nizar dan ADUN-ADUN PR bagaimana nak menghalang UMNo dari terus berkuasa di Negeri Perak ini.
 

1 comment:

  1. naik meluat teman tengok perangai UBN nih... tak habih2 mengocak keamanan negeri Perak.. tak nyabor2 nak pegang kuasa... haram zadeh btul...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari