boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, May 1, 2009

Khutbah Jumaat - 1 Mei 09

Salam Semua,,,
Hari ini cuti, jarang dapat cuti umum hari Jumaat, lepas dari Bank aku pi Pasar Stiawan, tu pun ramai orang pepagi, lepas tu pi repair dan servis motor, kedai banyak tak buka, cuti hari buruh, satu kedai buka, ramai pulak pelanggan, kena tunggu, pukul 1.00 lebih baru siap..
Balik rumah, mandi terus pi Surau Madah, azan kedua dah bermula... nasib baik masih ada tempat kosong, dah lama aku mai solat Jumaat d sini, makin ramai makmum...

Kutbah dah mula... tajuknya mengenai cuti hari pekerja juga...tok khatib baca mengenai pekerja tak kira kerajaan atau swasta, semuanya bekerja...Kita bekerja kerana apa, kerana mendapat gaji yang dibayar, kerana rezeki nak sara keluarga atau kerana Allah..
Kemudian kutbah sebutkan lagi mengenai orang Islam yang bekerja sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada bukan Islam, tetapi sayangnya dan terbalik sebaliknya.. pekerja orang Islamlah yang kuat ponteng, rasuah, penipu dan berbagai kerenah di tempat kerja.

Kenapa sikap pekerja boleh jadi seperti..! Inilah pemimpin yang tidak melaksanakan islam.. Kalau pemimpin yang bertanggungjawab melaksana hukum islam, maka ramailah perkerja-pekerja yang akan kena tindakan-tindakan mengikut hukum Islam dan perkara-perkara sedemikian dapat dikurangkan..

Kemudian Khatib mengingat kita semua akan mati... dan jangan ingat bila mati boleh tutup buku apa yang kita lakukan waktu kita hidup..kerana lepas mati lah baru bermula kehidupan yang sebenar akan bermula dan khatib membaca ayat 12 Surah As-sajdah..
  
وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.

Komen: Hangpa tau sapa yang baca khutbah tu !! Sifu aku..Aku nak habaq Sifu aku tu bukan Ustaz... Tapi itulah.. Jemaah yang dok dalam PAS kalau istiqamahnya lebih dari Ustaz, maka Allah bagi kekuatan pada dia untuk menyampaikan Ilmu Allah melebihi dari kebanyak Ustaz yang ada dalam PAS kat tempat aku di sini... Jadi aku harap janganlah ada ahli-ahli kita yang melebih-lebihkan Ustas sangat.. bukan tak boleh... tapi yang bukan ustaz pun kalau Allah nak kurnia Ilmunya maka sesiapa pun boleh.. cuma aku saja yang tak boleh-boleh... yang aku boleh dok merapu gaban macam ni ajalah...

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari