boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, May 6, 2009

Macam Mana Cerita Ni...

Salam... Sejahtera...
Pagi ni aku memblog dari Taiping, Perak.. Bermalam di Hotel NCH Hotel dekat panggung Wayang Cathay Zaman 80 han dulu..Pagi ni aku nak hantar anak aku pi temuduga... moga-moga mendapat kejayaan...

Semalam Surat Khabar menyiarkan laporan Mat Rempit semakin teruk, bila dah kronik menjadi barah yang menunggu maut baru nak ambil tindakan...cerita DI SINI.

Kemudian satu lagi berita sedih yang menimpa seorang suami Razali Ahmad 41 tahun bersama dua orang anak yang yang berusia 5 dan 7 tahun yang kehilangan isterinya akibat dari mangsa perbuatan ragut. Berita penuh ADA DI SINI. Bila baca di akhir kisah ni OCPD Batu Bahat menafikan pulak cerita tersebut, seolah-olah mangsa jatuh sendiri disebabkan bonggol jalan.. pulak.. aku tak nak ulas apa-apa sebab depa polis... aku ni sapa...

Cuma inilah ganjaran yang rakyat Malaysia dapat apabila polis Malaysia dipergunakan oleh UMNO untuk menjaga kepentingan survival politik mereka. Bila ada PRK maka berkhemahlah Polis bersama-sama pengundi di kawasan PRK.. apakah pengundi semuanya tak faham undang-undang.. apa yang aku nampak penyokong UMNO makin bertambah kurang ajar bila ada polis..ini memang terbukti bila ada satu kejadian pergaduhan anatara penyokong UMNO-PAS yang kena gas pemedih mata penyokong PAS, adilkah itu... bab gantung poster penyokong UMNO bukan main kurang ajar mencari PAS mentang-mentang ada polis... kes wanita PKR perayu undi yang di londeh pakaian oleh petugas UMNo dibuat laporan Polis di Balai polis Simpang sewaktu malam nak PRK Bukit Gantang, tiada apa-apa tangkapan dibuat atas laporan tersebut...

Besok Sidang DUN Perak. Ketua Polis Perak awal-awal dah bagi amaran rakyat tak boleh berhimpun tanpa permit.. sama-sama kita perhati UMNO berhimpun atau tidak, ada permit ka... ADUN-ADUn dipanggil beri taklimat konon... seolah-olah ADUN PR perlu diberi arahan sebagaimana pelaku kesalahan....apa ini semua....arahan siapa....

Sedangkan di luar sana MAT Rempit makin menjadi-jadi... mangsa ragut meninggal dunia.. Polis Malaysia masih sibuk nak menjaga keselamatan survival politik UMNO...

Malanglah kita rakyat Malaysia...

2 comments:

  1. Anak temuduga kerja kerajaan ke? mintak cikgu ke? kalau dapat nanti tak haram ke dapat makan gaji dari kerajaan israel?

    Tapi apa-apa pun semua yang bro bagitahu semuanya betul,benar dan halal. Ye la orang alim katakan... sebab di sebelah kerajaan semua teruk,salah dan tak kena...

    Ye lah sdr kan maksum = dengan nabi...

    ye la tuan kan hebat, semua orang salah, tuan je yang betul...
    Ye la tuan kan bila mati tak payah dihisab kerana syahid perjuangkan parti islam...

    ye la tuan kan hebat...

    ReplyDelete
  2. Is...
    Terima kasih atas persetujuan anda itu... cuma satu saja yang tak betul... diri aku ini tidak sama dengan nabi... tang itu salah ....kalau hebat memang aku hebat jika nak dibanding dengan penyokong UMNO yang masih lagi buta hati tentang kebenaran.....
    Moga-moga jadi kenyataan apa yang saudara katakan.. memang itu yang aku harapkan...syahid dijalan Allah...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari