boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, May 4, 2009

Nasib Baik ada Payung


KUALA KEDAH: Penumpang feri terutama wanita terpaksa menggunakan payung bagi menutup diri ketika ‘melepaskan hajat’ di tandas awam di terminal feri di sini apabila semua pintu tandas wanita berkenaan rosak sejak setahun lalu.

Tinjauan mendapati ramai wanita terpaksa mencari alternatif lain termasuk menggunakan tandas di restoran berhampiran manakala sebahagian lagi terpaksa menggunakan payung.

Tinjauan juga mendapati empat pintu termasuk satu daripadanya hilang manakala tiga yang lain tercabut dan tidak dapat digunakan.

Penyelia sebuah syarikat pembersihan, Mazlina Md Nor, 42, berkata, dia sering menjadi sasaran apabila pengguna tidak berpuas hati mengenai masalah tandas berkenaan.


“Saya tidak dapat berbuat apa-apa selain menasihatkan pengguna berhati-hati kerana masalah itu bukan bidang kuasa saya,” katanya.

Sumber (LINK)

Komen.. Nampak macam kelakar..tapi problem YOB... bab nilah yang paling berat sekali bila dah nak terkeluar mana boleh tahan lagi......pijau muka kalau dok tahan.. jadi PBT dan Ahli Majlis kena peka sikit bab-bab macam ni....


No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari